klik :: klik

klik :: klik

Tuesday, June 7, 2011

Jelajah Jordan

Um Qays terletak kira kira 110km ke utara dari Amman. Jenuh jugak lah bersilat dengan budak-budak ni dalam kereta. tapi  mujur nia tido je sampai separuh perjalanan, adik sorang berjaga. adik tido kejapkejap, maybe tak selesa kereta bergerak kan. tapi takle haru biru sangat jadinya. mata i ni mengantok yang amat, tapi jangan nak verangan dapat tidolah ye sejak dah beranak 2 ni.. 

bergerak tengah panas rembang, sampai dah petang, tapi tetap panas weyyyy! terbako ha kulit ni..

Dari sumber Google;
Um Qays juga dikenali sebagai Gadara dan merupakan salah satu kota Decapolis ketika zaman Greco-Roman. Kota Gadara ini merupakan kawasan yang strategik kerana kedudukannya yang berada di antara Falestin dan juga Syria menjadikan Gadara laluan para pedagang satu ketika dulu. 

Ahli arkeologi berpendapat Gadara mula diduduki seawal kurun ke-7 B.C di bawah kuasa Ptolemic. Pada 218 B.C, pemerintah Seleucid,  Antiochus III menawan Gadara dan menukar nama Gadara kepada Antiochia dan Seleucia. Kemudiannya, pada 63 B.C, Pompey menjadikan kota ini sebagai salah satu kota Decapolis Rom. 

Kota ini pernah mengalami gempa bumi yang teruk yang hampir memusnahkan keseluruhan kota pada 747 A.D. Perbezaan yang jelas dapat dilihat di antara zaman Greco-Rom dan Turki Uthmaniyah melalui warna batu yang terdapat di kota ini. Kerajaan Turki Uthmaniyyah menggunakan batuan berwanra putih limestone manakala Greco-Rom banyak menggunakan batuan berwarna gelap di dalam binaan mereka. Kerajaan Islam menduduki kota Gadara setelah berjaya mengalahkan tentera Byzantine di dalam Perang Fahl (Pella) dan Perang Yarmouk pada 635 A.D dan 636 A.D

Kota Gadara banyak dikaitkan dengan Kristian. dan dikatakan ada disebut di dalam New Testament bahawa Nabi Isa (a.s) pernah menziarahi kota Gadara dan telah menyembuhkan 2 orang lelaki dengan menukar roh jahat mereka kepada sekawan khinzir yang akhirnya ditenggelamkan ke dalam tasik Tobari. (Mathew 8:28-34) Wallahu3lam.



 dan penjelajahan pun bermula..
 nia posing statik je.. sabo yo lah..
 tinggi jugak nak sampai. i dengan raffel je panjat. photographer haruslah kena ada kat bawah kan..
 3 beranak
 peace!
 ter"poyo" pulak


Cardo,  laluan perdagangan, jom kita g berdagang!

 gaya jalan ala-ala Saloma
 belakang tu Bukit Golan dan Tasik Tobari
jom nak balik sudah, more picture tengok kat FB ye kawankawan! 

6 comments:

Mrs. Simplicity said...

alamak, takde fb, cmne nak tgk. best la korg ni jelajah kat macam2 tempat yg ada sejarah tersendiri :)

Nissa Azmir said...

kak alya, bukan ke ada FB dulu Alyani Anuar tu, dh delete ek??

~SHiLA~ said...

nica tmpt ape tu..nape xde org pn..tp cantek la kt sane boleh tgk byk batu² cmtu kn :)

LINA EVERLYNN said...

nisa canteknye shawl ;) beli kat saner ker..hehe

Nissa Azmir said...

lala, takde owang sebab nica g hari bekerja.. hikhik..

Nissa Azmir said...

lyna, aah beli sini jerkk, alaa tudung syria 2 pieces tu jer..