klik :: klik

klik :: klik

Friday, December 18, 2009

sejukkkkk...

harini berangin je kat luar. bukan berangin satu badan yer! macam nak terbang jer masa balik meeting tadi.masa nak pegi meeting punyalah sejuk, mujur nia tido. kalau tak, mesti nia buat mata kelip-kelip dia tu.. nia baik harini masa meeting, tak menangis pun, suara pun tak dengar.. nia confuse berada dimanakah saya???

oh! pada meeting kali ini ummi dah lepaskan jawatan lama. LEGA. dapat jawatan yang ringan sikit. bukan taknak bagi kerjasama, tapi ummi perlukan lebih masa untuk nia. untuk jaga nia. perlu fikirkan siapa nak jaga nia bila ummi berpersatuan. lagipun nak menaip dan buat kerja-kerja berkaitan asyik terganggu bila nia mula merengek! lalu kerja ummi pun terbengkalai. esok sambung dah lupa buat sampai mana ek semalam?? terlalu sukar untuk ummi tinggalkan nia pada orang-orang yang tidak dikenali. ummi susah sikit nak percaya pada orang, nanti apakah dilakukan kepada nia sepanjang ketiadaan ummi?? tapi bila ummi dah percaya orang, ummi siap melebih-lebih lagi layan orang tu la pulak. selama ni ummi tinggalkan nia pada mama julia bila ada reception time malam atau ada perkara-perkara persatuan yang perlu dihadirkan diri ummi ni. tapi kalau meeting biasa ummi biarkan nia dengan abi di rumah, masa tu abi dah balik kerja. kalau malam ada function yang memerlukan semuanya warga Malaysia hadir, ummi tinggalkan nia bersama abang syabill bersama aunt lily yang baik. buat masa ni, ummi cuma percayakan lily.. even veronica yang selalu datang cuci rumah 2 minggu sekali tu pun ummi belum percaya dia boleh jaga nia dengan baik.. entah kenapa yerr..? mungkin sebab veronica selalu nampak penat.. takut tertido kot! nanti tak jaga nia..hahahaha.. kelakarlah pemikiran ummi nih.. ummi melalut la pulak.. nak cerita pasal cuaca patutnya..

masa tengah menaip bait-bait blog ni (eh,eh, ada plak masa menaip blog? hihihihi) hujan kat luar.. fuhh sejuk! kesian nia.. dia bukannya boleh bagitau dia sejuk ke panass.. apa la yang nia rasa yer.. ummi gigil-gigil sambil menaip ni.. nia macammana?? hmmm...


check kat iPhone suhu 10darjah. dah bukak heater tapi kenapa macam sejuk lagi? haishhh.. nak kena pakai 3 helai baju pulakkah?? tak larat nak basuh/jemur/lipat/sangkut dalam almari. setiap hujung minggu pasti bertimbun baju kena uruskan.. haish...

membebel.. membebel.. bila nak habis? ok! dah habis..


terimalah gambar budak baik yang teman ummi pegi meeting harini.. daaaa... sayang anak ummi!!

Tuesday, December 8, 2009

today's special!



ceh tajukkkkk tak hingat!! special ke masalahnye? hahaha.. dah lama tak masak beria, ni kira speciallah kan.. tak gitu? kalo tak special bagi anda semua tapi ianya tetap special untuk suami tercinta.. uweeekk! hahahaha.. lama betul xmakan nasi ayam.. terliur pulak bila teringat, tu yang terus buat. kalo kat mesia boleh order je.. "kak, nasi ayam satu!" kat sini?? saya pulak yang menerima order yer! tapi takde bayaran pun.. kuikukui..


huhu... konon-konon macam makan kat kedai lah ni

 
sup kosong ajer.. ahaks!

ni lah dia ayamnya..

dari atas: kuah kicap & sambal nasi ayam
timun & tomato.. ada yang tak kenal ke?

hidang tak hengattttt!

kiwi si pencuci mulut!

tester saya.. 5 bintang! hahahah

Friday, December 4, 2009

Rabbani @ Amman, Jordan







Rabbani perform 3 lagu termasuk lagu raya memandangkan masih mood Aidiladha.

Tuesday, November 24, 2009

Holiday Trip to Wadi Rum & Aqaba Part I I


percutian paling besttttt.. best sebab dapat shopping.. hahahahahha.. tapi tak jugak.. dapat rehatkan minda dengan pemandangan ciptaanNya yang indah.. sangat kagum!


alar shopping parfume untuk saya 2 botol ajer. hubby dapat sebotol jer tapi 200ml.. x aciiii okey! saya 2 botol tapi siket ajer.. huhu..merungut pulakkk

 
kak ju, shah dah jeling tu..

kat jetty sebelum belayar dengan cruise

 oh posing dulu sebelum belayar... hahaha..
 
depan cruise pulak

kena duduk kejap lenguh dah

nia zzzzz ajer..

 
pemandangan indah ciptaanNya

bandar elat, israel

kapal idaman lepas ni pulak..

asyik!


ummi ngan nia posing ajer kejenye..

kak faryal, anak ungku, ummi & nia

daddy cool with nia!

merpati dua sejoli

 oh bestnya dapat macam ni selalu..

ungku, me, kak julia

ladies!

hero kak juwaidah

posingggg ajer... hahaha..

siapkan nia sebab sejukkk sangat pulak dah..



 
f amily potrait


laut biru
 
datin dukung nia

melihat ke dasar laut

nia dah nampak abi dia..


pemandangan yang asyik!
 
nia  nak susu pulakk



indahnya ciptaan Tuhan Yang Maha Esa

sekian laporan part II. entry ditulis di tengah mlm sambil riba nia. tak larat nak celoteh panjang.. lenguh menaip dengan tangan sebelah ni.. best datang Aqaba ni dapat shopping ala-ala kat Langkawi jer rasanya. duty free yang tak tahan. saya angkut food processor & deep fry tanpa tujuan sebenar.. hihihi... beli jer lah dah murah said hubby... hihihi... nanti nak datang lagi boleh taks?


Holiday Trip to Wadi Rum & Aqaba Part I


jumaat baru ni saya sekeluarga menyertai trip ke wadi rum & aqaba. percutian yang sangat best! rehatkan minda dan hilangkan stress dengan melihat pemandangan yang chantek!


pemandangan sekitar perjalanan menuju ke Wadi Rum & Aqaba

eh eh ada pokok lah di padang pasir.. hehehe

kereta 7 & 8 bermusafir di padang pasir
 
u nak kopi ke teh? murah sajaaaa... hihi.. terpaksa membawa bekalan memandangkan R&R sepanjang perjalanan sangatlah menarik.. hahahahha

oh nia order susu pulak..

posing terbaek!

ni kira posing terbaek jugak ker?

 nia rehat kejap dah sampai kat hotel.. kami tak bermalam di Wadi Rum memandangkan nia masih kecik.. karang kejong kesejukan. dengarnya malam tu 0 darjah kat kem! Oh tidakkkk baik tido di hotel Aqaba yang panas. patah balik pun tak apa lah...

siapkan nia nak ke Wadi Rum untuk Bingo pada malam Sabtu!

posing dulu dengan kakju sementara mekanik baiki kete shah

posing dengan nia kesayanganku!

sampai-sampai dinner dulu dengan ayam & kambing yang di masak dalam oven bawah tanah..

sebelum bingo start, kita posing dulu..
kak jam, kak suri, datin, nissa

bingo time! tu en hasmat tgh bagi penerangan tu..

uishkk..kusyuk betul..menangnya sekali ajer..beli kertas punya la banyak..

ni ha menang mainan apa tah untuk budak-budak 10tahun ke atas.. nia lambat lagi oii nak 10tahun.. sapa nak?

sebelum balik hotel haruslah posing depan pintu masuk.. depa yang lain tido kem.. saya dikecualikan sebab anak kecikkk..hihihi

posing ala-ala nak terbalik konon nia berat.. hahahahaha

saya tak naik bus tu aih..

sekian laporan holiday trip part I