klik :: klik

klik :: klik

Thursday, December 20, 2012

hai hai hai

Apa nak tulis? Apa nak mula?

Kekok kan lama dah tak menulis. takdo masa sejak dah jadi orang berkerjaya ni.. macam la berkerjaya tinggi sangat kan? kan? ahahahahakssss!    

Hari ni.. harini boss tadakkkk, selalu pun boss tadak, tapi x pernah terpikir nak berbelog.. ntah macammana harini teringin nak jenguk n baca belog kawan-kawan lain... ngeeee... lama giler x membaca perkembangan kawan-kawan blogger... apa khabar korang semua ye??? masih aktipkah???

Nanti dah baca i komen-komen uolls yer... daaaaa.....

Monday, July 16, 2012

it's monday, & i still jet lag

Finally, monday blues menjelma kembali ke dalam hidupku..



mengantok giler; tak cukup tido, tak cukup rest; tak cukup semuanya lahhhhh.. huwaaaaa.. bilalah nak stabil nih???

Wednesday, February 29, 2012

DIAM

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan,
tapi
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya,
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya,
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya,
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya,
kerana
DIAM kita mungkin disalah tafsir,
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka,
DIAM kita mungkin disilap diterjemah,
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud,
justeru itu
jika kita merasakan DIAM itu terbaik, seharusnya kita DIAM,
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak,
berkatalah sehingga mereka DIAM !!

Wednesday, January 18, 2012

Resepi Blueberry Cheese Cake

hai hai hai uolls. apa khabar?? kali ini i kembali lagi dengan cerita cheese cake!!!! wah, ramai pulak bertanyakan tentang resepinya ya. ada yang komen di facebook, ada yang PM mintak resepi, dan paling penting!!! mommy to be zaaa bertanyakan resepi cheese cake ini! ofkoz i kena kasi sepantas kilat kat sini okey, sebab dia dah terliur, hehehehe! lepas je baca komen za, terus taip entry ni ok darling!! Resepi ni i belajar dari blog masakan lain jugak, tapi i dah hafal dah sejak dah pandai buat ni.. ehehehehe...

Blueberry Cheese Cake yang mudah lagi melazatkan!


Bahan-bahan tapaknye;


1 bungkus Biskut Digestive (guna separuh je, kalau suka biskut lebih, ok jer...)
2 sudu butter (cairkan, i malas nak panaskan dalam periuk bagai, masukkan dalam microwave je seminit. kalau guna biskut lebih, kena adjust la ek butter kena kasik lebih jugak yer..)

Cara-cara;


1. Okey step pertama, blend biskut guna blender kering sampai halus. Gaulkan dengan butter yang dah di cairkan tadi sampai tak berderai.

2. Gunakan baking tin yang boleh buka supaya kek senang nak dikeluarkan nanti.

3. Alaskan bawahnya dengan aluminium foil, then padatkan biskut tadi sebagai tapak lah kiranya. Gunakan sudu untuk padatkan tu ye...

4. Tutup baking tin dengan cling wrap masukkan dalam peti ais sekejap.


Bahan-bahan Cheese;


Soft cheese jenama Philadelpia 600g (jenama lain pun bolehh, ehehehehe..)
Gula 1 cawan (kisar halus)
3 bijik telur
2 sudu tepung gandum biasa
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil lemon

 *panaskan oven 150 darjah sementara nak siapkan cheese ini*

Cara-cara;


1. Pukul cheese sampai kembang dan sebati, masukkan gula, pukul lagi hingga sebati, kemudian masukkan tepung. Pukul lagi. (berapa banyak pukul daaaaa... sangat tak reti okey nak buat entry resepi begini.. huhuuhuhu)

2. Telur dipecahkan one by one. Masuk sebiji, pukul seminit. Masuk sebiji lagi, pukul seminit lagi, sampai lah habis ketiga-tiga nya ye. Masukkan esen vanilla dan lemon,  pukul lagi. Kasi semua sebati ok!

3. Keluarkan tapak biskut tadi dari peti ais dan curahkan bancuhan cheese tadi. Gerak-gerakkan baking tin tu sepaya cheese tu sekata semuanya...

Cara-cara bakar;


* Setiap oven ada alas untuk bakar-bakar tu kan, letak baking tin yang dah ada biskut n cheese tadi, kemudian ambik air panas mendidih curahkan ke dalam alas oven tu. Jangan tuang dalam adunan tu pulak tau.. Eyyy, korang faham tak ni?? Teknik waterbath.. Cer carik kat youtube teknik tu. Hari tu i ada tengok masa mula-mula nak try cheese cake ni. Kalau tak buat cara ni, nanti cheese cake akan merekah!

beginilah seadanya teknik itu :)

*Bakar selama 55minit or sehingga 1jam! Lepas dah angkat letak topping blueberry ( i beli dalam tin ) penuhkan kat permukaan cheese yang dah di bakar tadi. biar sejuk kejap, lepas tu tutup dengan clig wrap again. Masukkan dalam peti sejuk. Esok baru boleh makan ok! Cheese cake tak sedap makan pepanas bukan??? Heheheeeee... :)

Selamat mencuba semua..... kompom menjadik punya!

Saturday, January 14, 2012

Blueberry Cheese Cake

Salam & hi semua! nampak macam hidup segan mati tak mau je belog ni kan! menyampah pulak tengok tak terupdate. bila lah nak konsisten update hari-hari pun tak tau. dulu-dulu okey je. nak kata busy bebenor ngan anak-anak, tak jugak. dah ada bibik menjaganya. banyak je masa dok mengadap lappie ni, tapi kebanyakannya sibuk dok baca belog orang! tapi jarang le pulak tinggalkan jejak. internet slow gile, asal nak komen je tak boleh, nyampah! selain itu, sibuk mencari resepi bagi memenuhi keinginan tekak ala-ala melayuku ini.. hehehe.. butttt, lately ni asyik saja nak makan cheesecake. cari punya cari dapat lah 1 resepi yang amat mudah untuk membuatnya. tak sampai setengah jam nak siapkan adunan. then bakar 1 hour. mudah, bukan??? hehehehe... 

harini masuk kali kedua lah buat. dulu-dulu ingatkan susah gile nak buat, jadi asyik la beli. dah ler mahal jugak kat sini kalau yang sedap tu.. bila dah sekali try resepi yang mudah itu, rasa nak buat selalu... puas hati dan yummy sangat! kalau nak resepi, boleh tanya i k! ehehehehe...


adunan yang dah siap nak baked selama 1 hour. kena baked secara waterbath. iaitu masukkan loyang ni ke dalam lapik besi oven, then curahkan air panas mendidih.. cheesecake akan masak secara perlahan-lahan melalui kaedah ini dan dipercayai lebih yummy!

gini lah lebih kurang teknik waterbath itu!

 baked cheesecake yang ku perasan sangat yummy itu! yang ini buat 2 minggu lepas...

yang ni baru je siap topping, masih panas-panas tu kat dapur.. heeehehe.. tunggu sejuk masukkan dalam peti ais selama semalaman. esok boleh ngap! sekian..