klik :: klik

klik :: klik

Thursday, December 22, 2011

sekadar hobi

salam semua. apa khabar semua harini? dah makan ke belummmm?? kalau belum, gi la makan dulu yer.. nanti gastrik pulak.. hehehe :)

ok lah. saja je nak cerita. *tetiba*

lately ni kan, i macam rajin je bereksperimen masak itu ini. *perasan*

baru-baru ni i buat popiah sampai 200bijik. semalam buat samosa 100bijik lebih. harini buat karipap pulak. dapat dalam 80bijik. semuanya difrozenkan. penuh dah peti ais tu ha dengan kuih muih. senang kalau ada guest datang, ambik, boleh goreng terus. kalau tak selalunya terkulat-kulat je orang datang taktau nak hidangkan apa. time rajin ni boleh laaaaa... mood buat-buat kuih ni kadang lambat nak tunggu. tapi sekali datang, menjadi-jadi pulak.

 inti karipap

malas giler nak kelim comel-comel, pakai acuan sudahhhh.. hihi

goreng minum petang tadik..

 bahan-bahan nak buat inti popia. senang je karet dengan kobis..

inti dah siap masak

 sampai sakit-sakit pinggang dok gulung benda ni... huhuhu.. nak buat sangat kannnn kannn??

blueberry muffin. buat hujung minggu baru ni sambil mencucuk satay. ha satay ni lagi satu, buat frozen jugak ada lagi 100 cucuk dalam peti ais. nanti nak makan, keluarkan kejap then bakar.. orang malas biasalahh, buat banyak-banyak lepas tu simpan.. hehehehe

 ni lah dia konon-konon bajet satay kajang!

esok nak kena penuhi permintaan anak daraku, nia. tadi masa tengah buat karipap, dimintaknya "ummi, nak kimmm kimmm". okey nia panggil apam dotdotdot tu kim, sebab warna warni macam aiskrim kooot.. hehe nia nia.. okeylah. nanti citer lagi pasal hobi ni, belakang pun dah sakit, pinggang pun dah lenguh, mata pun dah mengantok.. jumpa lagi di nest entry kay!!!

Tuesday, December 20, 2011

Christmas Bazaar 2011

Sabtu baru ni, Perwakilan Amman, Jordan sertai bazaar tahunan macam tahun-tahun lepas. Alhamdulillah semuanya sukses.. Walaupun penat, tapi semuanya happy dengan komitmen yang di berikan. :)

 Isteri-isteri Solehah, aummmm!

 Kecek-kecek bendahari sikit, mana tau dapat upah lebih, ahahahaha

 senyum.. senyum.. cantik luar, cantik dalam, cantik dengar siniiiii, kalau saya senyummm, awak mesti senyum sekali kayyy!
 iolls masak bihun goreng, spring roll, apam dot dot dan jugak keropok.. 


  Persatuan Isteri-Isteri Solehah dengan Dato' Duta

 Malaysian Cuisine

 bunga-bunga cintaaaaaa

 makan dulu, sebelum bukak gerai, hehehe



Friday, December 16, 2011

merahnya mak ngah!

eh eh eh mujur takde jumpa lembu tepi-tepi jalan kat Jordan ni kan, kalau tak mesti dah kena kejar...

bila umminya pencinta merah, anak dara pun terjatuh cinta sekali la kan.. 

bila umminya "kaki posing" anak dara pun dah mula ikut jejak..

biasa la tu kannnnn....










hai kacak

kacak luar
kacak dalam
kacak anak ummi...
ewahhhhh!


Thursday, December 15, 2011

dot dot dot

okay, lama gile dah kot tak update pasal makanan. pasal masak-memasak. dulu dah hilang semangat nak cuba itu ini. tapi sekarang semangat tu dah mai. hahaha dia mai dah kata orang utagha..

sana sini citer pasal apam dot dot dot ni. mula-mula malas nak ambik pot. memang la syok tengok gambar kawan-kawan post kat FB, ada yang beli, ada yang buat sendiri dan yang paling besttt, buat bisnes! tudia nak verangan sat balik nanti buat bisnes apam dot dot..(hey hey, nanti kau balik Mesia dah takde musim apam dot dot, dah masuk musim apam zebra-zebra ke.. macam fenomena Fareeda... Nyata Jelita tuuuuu...)

okay sambung balik. mula-mula tu kan i sekadar tekan dan tengok gambar yang di post. rasa macam wah!!! cantiknya, rasa sayang nak makan!!! lepas dah lama-lama rasa macam makin menjadi-jadi je orang dok post, ish tak boleh jadi nih... terus la i google cemana nak buat. sifat ingin tahu membuak-buak rasanya, ha tudia ayattt tak boleh belahhh...

cubaan pertama dulu i tak buat dot dot sebab rasa macam leceh gile kot nak buat piping bagai kan.. tapi tadi teringin gile nak buat, perasaan membuak-buak tu semakin menjadi-jadi. *LOL*

okaylah malas nak story panjang, saja la kan nak tayang gambar-gambar konon comel gile apam dot dot beliau.. padahal comot gile je pon..

asing-asingkan kaler-kaler keinginan, terasa macam nak belajar mewarna masa tadika dulu pun ada. tak apa, tak apa, sabar. walaupun agak "renyah" gile kottt sampai tangan dah bercoreng 4 warna nih...

dah siap isi dalam paper cup kecik comel lote yang boleh di makan sekali ngap aje, deco-deco lah sekreatif mungkin. nak kata diri sendiri kreatif la tu, setakat titik macam ni, nia pun boleh kannnnn??? hahaha...

hasil selepas 15minit kukus... gebu koooot ek?? macam sayang nak makan sebab comel sangat.. *perasan comel lagi sekali*


ok la kan pertama kali cuba.. tak menghampakannnnn... :)

teringin nak update hari-hari

nak kata busy bebenor, tak jugak, nak kata malas, tak jugak. maybe takde idea & masa je kot! kadang rasa nak biar je terus tak ber"entry" baru. kadang rasa hari-hari nak update. hmmmmmm....

okeylah mulai besok i berazam nak update hari-hari koot! TUNGGUUUU (cewah, sapa lah sangat yang tertunggu-tunggu entry merepek ko tu nisa??)

Wednesday, November 9, 2011

Salam Eid Adha

Salam Eid Adha untuk semua. sedar tak sedar dah 4tahun eid adha di negara timur tengah ni... Maaf zahir batin ye koranggg...





 














oh! baju raya ummi abi hilang tak di jumpai di malam raya, jadi keduanya pakai jubah berlainan kaler. no family photo :(

Wednesday, October 5, 2011

lol* baru nak update tentang raya

dah lama sangat tak menulis. bila nak start balik tu macam-macamlah kan. takde idea salah satunya. macam dah kekok pulak nak menulis. adoiiii kalau tak tulis nanti takde pulak memori katanya... kahkahkah. memori lah sangat kan...

mula-mula nak citer tentang raya kitaorang la kan.. walau dah sebulan berlalu.. bukannya citer sangat pun, gambar je lebih selalunya, (kata korang di dalam hati.... ye tak?)

kali ini tiada salam perantau dan tiada tangis hiba tak dapat makan ketupat rendang di pagi syawal (padahal selalu boleh je masak sendiri..) syawal kali ini penuh makna selepas pengijrahan kami ke Bumi Anbiya'..

dah dah... tak reti dah wei nak tulis apa..