klik :: klik

klik :: klik

Sunday, October 25, 2009

piknik di tepian dead sea..

bawak tok ronda-ronda ke laut mati.. kami dah kali kedua ke laut mati. nia pun dah dua kali pegi u olls. pertama kali dulu nia dalam perut.kali ni nia atas perut jerrr.. titooo... layannnz pic jer lah..



perjalanan memakan masa hampir sejam..mujur nia tabah, nia tak loya atau muntah pun.. tabah anak ummi nih... tabah u olls!




pokok hijau ada sikit saja.. bnyk dah kontang..





garam-garam bertebaran di tepian laut. mai lah kutip u olls...


sesampai saja, nia pun lena.. lena.. dan lena lagikkk... kemain bergaya dgn cardigan merah dia tuh..


tok dgn kakju main ayaq garam!


tok awat tak sudi tengok kamera mahai nih??


tok berjalan-jalan dengan syah..



ummi pun nak posing!


tengok nia sampai ternganga muluttttt..isssshkk!


makan time! nak tau tak u olls ummi tak sempat makan pun, abi nak naik bukit..



captured by abi-when the sun goes down kunun... ni lah yg abi kejar sampai ummi tak sempat nak mkn..


panorama view di puncak bukit.. angin kuat sangattt, mujur tak terpelanting...(paham taks u olls?)

Friday, October 23, 2009

brunch @ rumah kak jam

semalam kak jam sediakan breakfast dan lunch sempena menyambut kehadiran orang baru-kak suri & shima. tak lupa jugak farewell untuk tok & makcik. wah! tok diraikan sebab dah nak balik.. uhuk..uhuk.. tok dah nak balikkk! kak jam masak sedap betul beriani tuuu... bertambah lahhh.. dah lama tak makan katakan.. hihi..

Gambar sekitar kejadian:


tok & friends


nia dengan ummi su


birthday girl-kak ju.. birthday yang keberapa ye? lupa nak tanya..


nia with aunt suri


nia with tok & aunt suri


nia & boypren! hihihi.. adik safwan la ummi..


kak julia, jaja, tok & nia


kak hana, mak cik & tuan rumah


tok bersama keluarga shima & kak julia


gambar kenangan :)

Thursday, October 22, 2009

pengalaman manis dan indah bukankah harus dikongsi bersama?

sekian lama saya nak kongsi cerita ni. tapi hari ni baru berjaya. pengalaman manis dan terindah dalam hidup haruslah dikongsikan u olls.. betul taks? kisahnya begini... cewaaahh macam cerita dahulu kala plaks..

1 Ramadhan 1430H
Pertama Ramadhan adalah hari yang ditunggu-tunggu. Hari sepatutnya seorang puteri dilahirkan. Tapi, disebabkan saya langsung tiada perasaan sakit, mahupun tanda-tanda nak bersalin, maka dokter pun menasihatkan saya buat ujian NST(Non-Stress-Test) kat The Farah Hospital. Saya puasa okey hari tu! Buat punya buat test, midwife tanya ada rasa sakit ke tak? Dia cakap dalam omputih la.. Tak ingat la plak ayat dia. Hahahaha.. Masa tu memang tak rasa sakit pun. Tapi dia kata dah ada mild contraction. Oh ye ke? Wah, perasaan gembira sebab tak lah sakit sangat pun kan, rasa macam biasa jer.. Orang kata nak bersalin sakit sangat.. Wah wah nisa.. Konfiden nampak tak sakit.. Hahahaha.. Lepas tu midwife nak cek laluan untuk my princess keluar.. Dah 2cm katanya.. Tapi kalau anak sulung, laluan selalu bukak lambat katanya. Oh! Sempat baca nama midwife tu-ANCY dan sempat interview. Dari India rupanya. Berbalik kepada cerita sebenar. Hari tu saya tak payah masuk ward, balik rumah dan makan puas-puas. Hehehe.. Masih nak makan jugakkkkk... Ops! Lupa plak, puasa saya hari tu kira terbatallah kan... Sebab tu boleh balik makan puas-puas. Hehehe..

Malam tu lepas maghrib masih tak sakit, tapi ada keluar tanda darah. Bagitau tok, tok kata jom pi hospital. Tapi tak sakit lagi, macammana ni? <---ayat mengelak bagi orang yang dah takut/stress.. Hahahaha... Tunggu esok jelah..

2 Ramadhan 1430H
Semalam tidur sangat tak lena memikirkan macammana nak bersalin ni? Sakit ke? Tak sakit ke? Haishhh.. Last-last tertidur jugak sampai la hubby kejut time sahur. Masa tu rasa sakit dan mata tak boleh nak pejam lagi dah. Baru sakit sikit dah gelabah nisaa..nisaa.. Orang tengah bersahur nak puasa esok, saya masih boleh teringin nak makan jugak lagi.. Bukan apa, takut takdak tenaga satgi. Ramai dah pesan kena makan bila nak dekat bersalin. So, saya belasah nasik 2 pinggan. Hahaha.. Siap-siap lepas tu zasss ke Farah Hospital. Hospital gelap! Tutup ke hospital ni? Risaunya.. Sungguh tak sama macam kat Malaysia, hospital mesti terang benderang, bising, ada orang sana sini. Ni kosong jerr.. Ummi!!! Nak balik bersalin kat Malaysiaaaaa..

Okey lepas dah dibenarkan masuk, barulah naik ke tingkat 10. Buat NST lagi, makin kerap contraction, tapi jalan tetap 2cm. Wah! Sakit macam ni pun tak bukak lagi ke laluan? Apa cerita ni? Tapi, midwife terus bawa masuk labor room jugak. Sangat takda orang kat tingkat 10 tu. Takda sapa pun nak bersalin agaknya kecuali saya. Midwife masukkan ubat untuk keluarkan semua makanan yang dah di makan.. Laaaa.. Penat je saya makan tadi untuk kuatkan tenaga dan semangat.. Dah kena buang pulak.. Letih! Asik ulang alik ke tandas jer.. Semua dah keluar! Dokter tak sampai-sampai jugak lagi. Luar dah nampak cerah dah.. Sakit pulak dah makin kerap.. Dah tak boleh nak kira dah berapa minit sekali. Habis lunyai tangan hubby di genggam sebab nak kurangkan sakit. Habis tangan hubby, tangan tok plak jadi mangsa. Lepas tu dah dua-dua. Rasa tak tahan sangat! Hujung katil pun dah ditendang-tendang. Sakit yang susah nak digambarkan macammana! Ni mesti sebab midwife tu induce nak kasi jalan bukak cepat.. Rasa nak meraung je, tapi masih boleh sabar lagi ni..Sabar..sabar... Orang lain boleh, takkan saya tak boleh kot? Tapi kan orang yang kat bilik sebelah tu kan,dia menjerit, kuat sangat!!! Dia buat saya makin takutlah.. Oh Tuhan! berikanlah saya semangat dan kekuatan!!!

Pukul 9 lebih dokter sampai. Cek laluan lagi.. Baru 3cm! Hah?? Punya lama sakit baru 1cm gerak?

Lepas tu, dokter pecahkan ketuban dan bagitau baby dah do something kat dalam.. Apa? Baby dah buang air besar la pulak... dan dokter kalau-kalau risau baby tertelan nanti. Dokter bagi masa 2 jam, kalau laluan masih macam biasa terpaksalah operate.. Oh! Nak operate? Operatelah cepat dokter oiii, kenapa nak tunggu 2 jam.. Saya sakit ni.. Masa ni, saya dah tak boleh pikir. Dah sakit sangat, jadi nak cepat ajerr...Dokter sempat lagi pi operate orang lain dulu... Huk huk huk.. Tinggallah saya berperang dengan kesakitan ditemani hubby, tok munah, kakju & shah yang datang sama memberikan semangat..

Mungkin midwife tengok saya dah tak tahan nampaknya, dia pun kesian lalu bagi saya oksigen.. Oh! Sangat tidak membantu.. Bagi sesak nafas lagi ada.. Dia asyik ulang deep breath... deep breath.. Asal dia masuk je, nampak muka sedih saya, dia ulang lagi ayat tu sampailah saya decide mintak petidin.. "Why petidin? Epidural is good what?" Saya dan hubby senyum je... Petidin di cucuk kat bontot. Lali oh! terasa macam dalam mimpi.. Petidin memang tahan sikit sakit tu.. tapi sangat mengantuk la pulak. Baru nak pejam, dah sakit semula... Aik, sakit jugak! Mengantok sangat, tapi tak dapat lelap sebab dah sakit balik! Midwife pun tanya sure ke taknak epidural? Sure? Sure? Hehehe.. Geleng selagi boleh tahan.. Lama-lama sampai dah nak menangis dah hubby pun tanya nak ambik ke, agaknya dia dah kesian tengok saya kot.. Muka dah serabai.. Saya pun angguklah tanpa rela, nak buat macammana dah tak tahan sangat dah.. Midwife pun panggil lah dokter yang pakar dalam epidural..

Dr. Wahib namanya! Oh! Dia bagi kejutan pada badan saya! Eh eh! Bukan.. Epidural tu la.. Rasanya macam kena renjatan letrik padahalnya kena cucuk kat belakang je pun, pastu terasa macam zup!!!! Letik meresap masuk dalam badan.. Lepas tu saya dah tak rasa sakit lagi.. Separuh badan dari pinggang ke bawah rasa berat jer... Rasa nak mimpi.. Nak tido lama-lama.. Dr. Wahib said pain flies right? Saya senyum saja lah.. Dari tadi degil tak nak ambik sangat, last-last ambik jugak epidural... Hek hek hek...

Tapi tak lama lepas tu Dr. Nael muncul... Laluan dah 7cm & kena gunting lah sikit, tapi saya langsung dah tak dapat merasa apa-apa. Ngeri je tengok midwife duk menggunting, saya dalam keadaan ngigau je sebab ngantok sangattt... Dalam kul 2 camtu ramai midwife mula masuk labor room.. Alah diaorang ni.. Saya nak tido pun ngaco je lah.. Tido tak cukup nih! Dalam gelabah Dr Nael menjerit mencari Dr. Wahib.. Oh! Saya dah nak bersalin rupanya.. Tapi saya tiada merasa apa-apa.. Macammana ni?? Midwife bisik pada saya, bila dia suruh push please push sekuat hati. Saya jerit "i can't feel anything!!!" Oh! Sangat hilang punca okey! Then Dr. Nael vakum jer tanpa tanya saya ataupun hubby.. Mungkin itu yang terbaik.. Dan saya tak pasti saya push atau tidak.. Push yang mana satu? Oh! Sangat tak terasa okey! Terus lepas tu saya dah nampak baby saya.. "Dokter, boy or girl?" Ishk nisa, masih nak bertanya nampaknya... Nak kena jahit berapa jahitan ni? Lah.. Banyak betul soalan minah niii..

My princess dilahirkan seberat 2.6kg! Sangat kecil masa mula-mula saya melihatnya. Dr. Hameda, a Paediatrician membawa baby kepada saya untuk diberikan ciuman pertama! Sungguh indah detik itu!

Selesai semuanya, saya call family, friends.. Bgtau sendiri yang saya dah selamat melahirkan seorang puteri yang di beri nama "Iman Rania". Dalam keadaan menggigil-gigil kepenatan pon nak cakap jugekkkk lagi.. Hihihi.. Sebelum bersalin, saya ingatkan lepas je lahirkan baby, saya akan pengsan! Rupanya tak.. Hihihi.. Kelakar lah kamu ni nisa... Tok pun gelak bila saya tanya pengsan ke tok lepas bersalin.. Hahahaha..

Sekian lah perkongsian detik indah dan pengalaman manis saya melahirkan Rania.. Anda bagaimana?

Tak kiralah macammana/bagaimana pengalaman kita melahirkan, yang penting semuanya selamat & sihat kan? Dan yang paling membuatkan kita merasa gembira dan kadang terlupa akan segala kesakitan... Apabila melihat anak-anak membesar di depan mata.. Thank you Allah S.W.T for giving me a beautiful Rania. Alhamdulillah...


Thanks Dr. Nail Abaza!


tok yang setia menanti cucunya yang dalam kesakitan.. ke tak sabar menantikan cicitnya??


oksigen tak dapat membantu.. sesak nafas dibuatnya!


suami yang setia menanti..


welcome Iman rania!


First kiss from Ummi! Ummi love u Iman Rania! Dah besar nanti jangan lupa baca belog ummi okeyy!

Sunday, October 18, 2009

morning coffee @ rumah kak suri

terima kasih kepada kak suri atas jemputan ke morning cofee a.k.a memperkenalkan rumah beliau yang baru. sangat cantik. kak suri memang pandai hias rumah.




lepas makan, posing time!


nia dengan aunt jam..


gambar tok & friends.. (ini jer dad gambar nenek yang clear, nenek malu nak ambil gambar lah, so xdapat nak wat entry khas..hihihih)

Friday, October 16, 2009

rania almost 2 month!


muka teduh jer anak ummi nih..


pose istemewa untuk tok ummi & tok mak di Malaysia!


pose muka tak pueh hati lak!


"jangan ambik gambar nia lah! nia malu masuk belog!"


"huk huk huk.. naper buat nia macam ni.. huk huk huk"

sekian..

Thursday, October 15, 2009

kami @ Russia Paper

popular la sekejap.. masuk paper kan.. hari tu paper nibras (paper arab) ada keluarkan artikel tentang open house kat rumah saya & embassy. yang penting gambar yang diletakkan adalah gambar kat rumah saya ni ha.. sapa yang faham bahasa arab bleh la bukak link ni --> http://nebrasnews.com/index.php?option=com_content&task=view&id=10051&Itemid=54

terjemahan dibuat oleh us. arman :-
Hairul Azmir, Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia dan isterinya Puan Khairun Nissa telah mengadakan ‘Rumah Terbuka’ menandakan berakhirnya bulan Ramadan serta resepsi tradisional sempena sambutan Eid Al-Fitri. Upacara ini dihadiri oleh para diplomat dan mahasiswa Malaysia di universiti-universiti serta pegawai-pegawai pendidikan tinggi Jordan yang jumlahnya mencecah seribu orang. Selain itu, turut hadir ialah Duta Besar Malaysia Dato Abdul Malek bin Abdul Aziz dan pegawai kedutaan bersama pasangan masing-masing. Para hadirin telah bersama menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selain dihidangkan hidangan lazat menu Malaysia yang pelbagai, para hadirin saling bermaafan dan mengucapkan Selamat Hari Raya. Sambutan Eid al-Fitr biasanya berlangsung selama satu bulan sejak hari raya pertama.Ini menunjukkan kekuatan hubungan sosial antara rakyat Malaysia multi-etnik dan agama di mana mereka hidup dalam harmoni, hormat menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

terima kasih ustaz!

semalam pulak keluar kat paper the star jordan tapi dalam bahasa russia ler pulakkkk. anyone? ada sapa-sapa volunteer nak tolong terjemahkan? ada?


nia dah pandai senyum!

hari ni nia dah 1 bulan & 3 minggu! sekejap je masa berlalu.. anak ummi dah semakin besar! ummi love u nia!


tido dalam iman! nama pun iman kan? kan? apalah yang nia mimpikan sampai tersenyum-senyum dalam tido..


nia minum susu!


mata bulat @ mata sepet? kadang-kadang nampak bulat, kadang-kadang nampak sepet! bingung!



sleeping beauty ummi!