klik :: klik

klik :: klik

Tuesday, June 21, 2011

verangan tak sudah..

hi hi semua.

dua tiga hari tak update. takde cerita best katanya. macam la selalu-selalu tu cerita best kan. perasan. busy sikit dengan nia & afel. dua-dua selsema. yang adiknya demam sikit, yang kakaknya kuat lagi berligat sana sini. ni tengah buat entry ni, dia duduk kat celah i ni. i taip, dia taip sekali. susah budak-budak sekarang, lebih bijak dari emak! pandai dia cakap nak susu sebab nak ambil alih tempati ni.. bijak tak bijak....

sesejak nak dekat due back for good ni kan, i suka sangat belek-belek blog dan google gambar tentang hiasan dalaman, bilik tidur, bilik girl & boy, bilik air, dapur dan semua-semua lah... tak kisah lah walau rumah yang nak ku duduk tu kuarters kerajaan sekalipun. memang plan nak duduk kuarters kerajaan pooooon kan sebab rumah kat BBST sekarang ada penyewa. lagipun, duduk kuarters senang, dekat nak gi keje. jimat minyak dan masa. cewaaaah alasan!

ku asyik pikir-pikir nak buat tema perabot & cat rumah kaler apa, perabot kayu jati ala klasik atau nak semua moden. hasil pencarianku kat google punyalah banyak, naik pinau mata ni nak membelek. kat mana ek nak beli perabot cantik-cantik kat Malaysia, yang berbaloi dengan kualitinya.. :) taklah mahal sangat atau taklah murah sangat... just nice gitew.. nak beli dari sini, memang TAK lah.. perabot besar-besar gedabak, nak masuk pintu rumah pun tak muat. tak kuasa rasanya nak beli dari sini.

yang paling ku google adalah bilik untuk anak daraku.. hehehe.. nak kaler ape yang sweeet-sweet gituuu.. hahahaha.. kuatnya verangan, takpa verangan tu kan bagus, buat bagi kita lagi semangat nak capai, bukan? hehehehe.. jom tengok apa yang i verangankan untuk anak dara comel lote i ni!

ni budak comel lote yang semakin banyak akai..


antara idea menariks hiasan bilik untuk girls.. 
  kaler orange pun menarik, kan? perabot simple tak banyak macamni pun ok, taklah serabut sangat..
 bilik macam kat tepi pokok pun nampak ceria jugakk..
soft purple pun cantikkk
 dan paling ku minati ialah kaler pink english style & kuning kat bawah nih... nampak sweet sangat untuk girl..
akan tercapaikah impian ini atau sekadar verangan? hahahaha..
sweet gilerrrrrr... 

kawan-kawan kat mana nak beli perabot cantik-cantik macmni?? bagitau lah, tak pernah beli perabot-perabot ni, terfikir jugak takut tersalah beli, lepas tu menyesal. that's why dari sekarang ku cari idea sikit-sikit, takdelah balik nanti menggelabah sangat. kongsilah ekkk kat mana korang beli perabot rumah... :) TQ!

10 comments:

Annie Han Yeon Rin said...

Cantiknya karer soft pink....

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

rasanyer klu nak tgk bilik cantik pgi ikea aje laa so bole tiru cam ner nak ubah...so try la yer

-Sara- said...

nisa, ikea la the best! :)

~SHiLA~ said...

plg rase nk tidoooo bilik yg mcm tepi pokok tu.biliknye pn cahaya lite² gitu

eh ni bkn bg pndpt perabot,tp pndpt blk tido plg heaven.kui3

ct N honey said...

berangan ni mmg sedap,bab nak keluar duit tu susah sikit,hendaknya kalau x cukup

Panduan jika mengandung luar nikah
‘Antara Kita’ lagu tema Stanza Cinta versi asal

airaniez wirdani said...

Hey sis,kalau u nak perabot yang tahan lama better u buat customize furniture.Membazir beli yang ready made especially IKEA things coz it can only last for several years.Trust me coz i'm a designer. ^_^

Ayuraza said...

kalo anak lelaki pun macam2 kan....gerammm tengok..hehe..
ikea banyak barang2 macam tu..hehe..tapi agak expensive lerrrr..hehehehe

Ummi Rania Raffel said...

hakak annie, memang cantikk, nisa minat PINK sangat2...

Ummi Rania Raffel said...

airanie; boleh la tempah u untuk design rumah akak nanti ekkkk

ratna said...

nissa.. tak kena cross posting ker?