klik :: klik

klik :: klik

Monday, March 25, 2013

Dapatkan Telekung Percuma!


Nak percuma telekung??? hehehe.. iolls dah dapat dah. semalam pegi ambik. dah siap basuh dan sidai. esok nak buat pakai solat dah. weeeee... benda percuma memang sukeee! *wek*

Telekung ni ku dapat percuma kat Kedai Emas Rosst Jewels di PKNS, Bangi.

Alkisahnya, Jumaat kan pegi gold hunting katanya... terpegi la kedai ni  dan tertengok la design-design yang tersangat la lawa, maka hati pun terus la terpaut.. dan esoknya ku pun terus terbeli.. hakhak..

Belian 1k ke atas dapat percuma telekung, tapi budak comei yang keje kedai emas tu cakap stok tak sampai lagi dan dia bagi beg telekung je dulu... nanti dah ada stok, dia call... masa tu dah tak berharap sangat pun.. kot-kot janji kosong je... hehehe... sekali esoknya dia call, ternyata diaorang memang ikhlas nak kasi telekung *ku yang jahat pikir begitu* heeeeee

Kedai emas Rosst Jewels ni buat promosi emas 1g=RM178 dan trade in dia ambil 15% @ RM151.30. Paling tinggi setakat yang di survey selama ini. So sesapa yang nak beli emas, boleh la pi terjah kedai emas ni. Promosi sehingga 8 April 2013. Selamat membeli emas!

Saturday, March 23, 2013

Blueberry Cheesecake


Harini delivery sebijik lagi cheesecake. Kali ini yang order bukan orang lain. Mummy angkat iolls... Seronok buat cheesecake mudah lagi gebu lagi menggiurkan lagi yummy (tak sah kalau tak puji diri sendiri)

Untuk resepi silalah pegi ke entry : RESEPI BLUEBERRY CHEESECAKE MUDAH. Bukan saja mudah malah melazatkan... (perasan lagi)

Daaaaa.....

Tuesday, March 19, 2013

Tenggiri Masak Lemak

seronok tak nak tulis kalau hati tengah sedih? rasa nak luahkan semua, tapi...

takpe lah gembirakan hati, cerita tentang makanan!



semalam lepas je cerita hangat "Rindu Bertamu di Abu Dhabi" terus turun bawah masak untuk makan malam. Menu tenggiri masak lemak cili api, sayung kacang panjang dengan udang boh kicap (hehehe) telor dadar dan ulam2an (bajet nak muda remaja makan ulam banyak-banyak)..


tu je la nak cerita. hak hak hak...

Monday, March 18, 2013

Corelle Berries & Leaves

New correlle in the house. Sukenyeeee... red lover katakan... hehehe... tapi beli set of 4 2 set aje. Menyesal pulak tak beli 3, kalau tak dah jadi 12 keping. senang... takpe next time beli lagi... hehe..

Women Purple Walk


Kemarin (oghang utagha cakap kemarin k untuk semalam) Putrajaya ada anjurkan Women Purple Walk. Women la sangat, lelaki pun ramai je i tengok  kasik sokongan. dengan bawak anak-anak. semangat kan? suami i ngan anak-anak terbongkang lagi kat katil masa i keluar pagi kemarin. hak hak.




Ungu atas ke bawah lah sangat. sekali ngan beg pun nak ungu. mengada.


Dengan adik Mas

Tuesday, March 5, 2013

Double Celebration

Ambik mood.. mood.. tapi bukan mahmood.. ahaks! rindu nak berbelog sebenarnya. rindu sangat nak baca blog korang. nak komen, nak kritik.. ko sapa nak kritik-kritik ha??? lalalala...

Okay permulaan di tahun baru nak cerita tentang bday party si anak. Rania bulan Ogos last year actually, tapi celebrate sekali adik sebab haritu tak sempat nak buat, mana nak raya lagi kan... so double celebration lah sekali ni je. senang. tak buat kang nangis. hakhak...

awesome cake by kak emyramlah. sangat-sangat rekemen okay kalau uolls nak tempah. berbaloi dan puas hati. rainbow cake sangat sedap. boleh lah uolls tengok dari belog KAK EMYRAMLAH. Barbie cake untuk princess rania. Rania is 3 sebab belated katanyaaaaaa.....

 kek chocolate moist boboiboy untuk my hero imaad raffel. oh! imaad turns 2, sekejap je masa berlalu....

buah hati pengarang jantung - Iman Rania
makcik karipap tengah susun kuih muih
my  prince & princess
 tiup belon
Zaza & Abang Kakak jiran sebelah
  food table
suka laksa ye za... me too hantu laksa! 
 cake & candy
 my homemade bbcheesecake

 oghang kuat oghang dapoq




cake cutting 

 semangat imaad

awek imaad tolong tiupkan... :)

keluarga kecik kami

 singing.. singing...

 Nia & Ayra

 Nia, Ayra, Batrisyia

 Geng Nia Imaad







Sekian saja entry kali ini. esok tulis lagi insyaAllah.... Daaaaa