klik :: klik

klik :: klik

Wednesday, September 30, 2009

bila nia tido lah...

kalau lah nak bawak nia jalan..bukan main baik dia tido..dari lepas mandi sampai selesai siapkan dia comei-comei..lepas tu dia pun mulalah tido.. dalam kereta tido.. sampai rumah orang tido.. bising la cemana pun dia tetap tabah dalam tidonya.. cubanya kalau kat rumah malam-malam nia macam tu jugak.. umi tak la kurus nanti.. (ayat orang perasan akan kurusss) nih gambar masa nak pi rumah kaksu.. adoi baik benor tidonye.. geram jer..


lepas mandi nia start tido zzzz...


angkat masuk bakul pun tido jugakkkkk walaupun bakul tu dah sempit untuk nia.. nia dah 54cm! mana nak muat dah.. kaki dah terpenyek!


ishk nyenyak betoi.. cuba kalau malam-malam macam ni kan bagussss...


sampai ja umah kaksu nia sambung tido lagikk.. nah landing kat sofa kaksu!

nyenyak betoi sampai ummi nia bleh pekena sup 2 mangkuk.. hehehe..


balik rumah nia sambung tidooo.. tapi lepas tu nia mula dah.. nia mula dah... mula marathon melalak sampai pagi..

nah! layan aksi tido oleh Iman Rania...


suka sangat tido lam bakul sempit dia nih..


landing atas dada ummi.. lama nia tido kalau macam ni gayanya...


ni masa pagi raya siap-siap nak ke kedutaan, nia pun tido ajer...

nyenyak la nia tido beralaskan tangan ummi...

Thursday, September 24, 2009

rania dah besar - 1 month already!




23/08/2009-23/09/2009
Nia 1 month already! Anak ummi dah besar.. Cepat-cepat lagi besar yer sayang...

Tuesday, September 22, 2009

open house @ 2nd day raidilfitri

2nd day aidilfitri, keluarga saya mengambil peluang untuk buat rumah terbuka.. tetamu-tetamu yang dijemput keluarga dato' duta dan rakan-rakan Malaysia di Jordan.. tak lupa juga rakan-rakan Arab yang makan bihun sup tanpa sambal sebab sambal kaler merah.. hihihi... kebetulan today hari lahir datin jamilah, so dapat celebrate sekali... enjoyyyy the pic!


makan-makan sambil bersembang-sembang di hari raya.. huhu..


ladies makan kat dapur.. hihihi.. maklum la..rumah kami sempit..


celebrate birthday datin jamilah di aidilfitri


ladies group photo..




upacara membelah mulut rania.. amik berkat dato' & datin


mama julia, mommy jaja, ummi su, ummi nisa


rania pelik tengok arab kuttt.. hihihih..


the menu is bihun sup gearbox malatopp oleh tok munah!! menu yang lain macam biasa lah bila raya lemang ketupat, nasi himpit, kuah kacang, rendang, serunding, kari daging special oleh tok munah jugak..dan bisekut-bisekut raya.. hehehe..

Monday, September 21, 2009

1st day aidilfitri @ kedutaan malaysia di jordan

Salam Aidilfitri dari kami di Jordan buat semua keluarga dan sahabat handai di Malaysia dan di mana jua berada. Maaf Zahir & Batin.


bermaafan di aidilfitri..


solat hari raya..


gambaq kenangan di aidilfitri







pose raya!


rania mana?? hahaha..



family potrait


double azmir tayang gigi


ummi rania bergambar dengan datin jamilah


ummi rania & mommy syabill

Wednesday, September 16, 2009

kemeriahan syawal II

saya kembali lagi dalam siaran kemeriahan syawal sesi II/2009.. hahaha.. saja nak update biskut-biskut yang saya dah buat. huhu.. bukan nak menunjuk okey! ini saya punya belog kan? hahaha.. suka hati saya lah.. betul x? hihihi..

di suatu petang yang damai saya mencurik peluang buat biskut lagi.. itu pun selepas hubby balik sebab dia kena jaga rania.. huhuhu.. rasa nak buat biskut mazola. padahal saya, hubby, tok munah apatah lagi rania memang tak gemor biskut ini.. yang paling pentingnya saya tak leh makan kacang! ummi selalu buat, tiap-tiap kali raya umi buat sebab baba suka biskut ni.. saya buat biskut mazola ni sambil berangan sangat, tak perasan yang oven bukak api atas sajo, maka hanguslah bahagian atassss.. haishhh! penat! baru ingat sebelum tu bakar cornflakes madu, memang la pakai api atas! lupa nak tukar balik... berangan.. berangan..

tetiba teringat umi selalu buat agar-agar kering! alamak! lagi 4 hari sempat ke kering? degil nak buat jugakkkk... siap suh hubby pinjam pemotong agar-agar kat rumah jaja.. hihi.. tu dah tengah jemur.. harap kering sebab jordan kan panasssss...




ni biskut mazola yang di snap sebelum bakar.. hahahha..


cornflakes madu ni lah punca mazola hangus kat atassss.. hangus-hangus pun buleh makan jugak lagikkk..


ni agar-agar kering degilll nak buat jugakkk.. tak kering padan muka saya!


ni lah putu kacang yang dah kering. hari tu kan lupa nak tangkap gambaq dia... hahaha..

Monday, September 14, 2009

kemeriahan syawal sudah dirasai..

Selamat aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Aidilfitri di perantauan tak lah seindah aidilfitri di kampung halaman.. Namun, kemeriahan dah terasa bila dah sibuk-sibuk buat biskut raya. Kena buat okey! Sini takdak sapa nak jual macam kat opis tuh...
Dalam sibuk mem"pantang"kan diri sempat jugak buat sejenis dua biskut. Bukan apa, karang tetamu datang, tadak biskut ka? Sambil berperang dengan Rania yang dah pandai dengki mendengki ngan ummi dia sendiri, dapatlah juga siapkan biskut samperit, tart jem, putu kacang, dan biskut tiada nama... Buat sikit2 ajer.. Biskut milo permintaan hubby tangguh dulu memandangkan rania dah mengamuk! Biskut mazola kegemaranku jugak masih tak menjadi..
Inilah hasil tangkapan gambaq biskut yang dah siap.. Kecuali putu kacang sebab tengah jemur.. Lupa plak nak amik gambarnye!

Inilah dia tart jem strawberry!



Buat huduh2 pun jadi la..


Nilah biskut tiada nama sebab dah bosan menekan samperit.. jadi yg lebih buat macam ni.. hihihi.. ada nama nak bagi x?


Samperitttt resepi ummi resepi turun temurun.. Sakit jejariku ini..

Haishhh biskut mazola, cornflakes madu & biskut milo bila nak buat nihhhhh?? Ada sapa2 nak tolong x???

Sunday, September 6, 2009

cukur jambul rania!

jumaat baru ni decide nak cukur rambut rania. dilakukan sendiri secara berani-berani takot oleh abi rania sendiri. punya la susah sebab rania asyik mengamuk! rania mengantoklah! lepas je x siap cukur rambutnya, rania tido sampai ke malam. penat mengamuk agaknya! sabtu sambung lagi trim mana yang x selesai semalam.. hikhik.. kelakar sampai 2 hari cukur jambul rania! sempena cukur jambul ni mintak tok buatkan pulut kuning & gulai ayam untuk di bagi kepada rakan-rakan di sini. akikah? balik buat kat kampung halaman tanah air terchinta lah tahun depan... okey?


mula-mula rania masih boleh tersenyum...


lama-lama rania dah mula nak mengamukss tidonya di ganggu gugattt..


onyang & abi operasikan rambut rania!


tetido sudah!


new rania!