klik :: klik

klik :: klik

Thursday, June 30, 2011

raya mode turn ON!

what's on your mind?? *tetiba kan tiru ayat facebook tuuu..

semalam dengan sengaja tulis status mode RAYA! tak sabar pulak RASAnya. sana sini SALE merata. rambang mata dibuatnya. berpinau-pinau pun ia.. hikhiks...

ramai jugak yang respon tanya puasa dah habis ganti ker? opppps! 
ada jugak yang tanya shopping kat mana? hihihiks..
sengaja selesaikan awal beli baju raya prince & princess ni.. nanti senang bila dah nak packing barang. packing?? mesti korang tertanya-tanya kan? packing nak ke mana?? (*alaaaa takde pun yang tertanya-tanya, ko jer perasan lebih, nissa! hahahah) 
semangat lebih tahun ni sebab nak beraya kat MALAYSIA oh! Tanah Airku..
lagipun nanti nak busy belikan souvenir, pesanan, kiriman, order tudung dan macam-macam lagi la kan.. pulak tu nak puasa kan, elok lah disegerakan membeli kelengkapan raya ni..

lagipun sekarang tengah SALE 30%, 50% & 70% uolls... nampak macam semua outlet jer... yang penting ke kids outlet dulu lah kan.. baju emaknya boleh di kemudiankan sebab emaknya sibuk membeli purse dengan handbeg jeeee.. ntah hape-hape.. *lol

tak sabarnya nak balik kampong beraya!!!

kasut Raffel dah siap beli, padahal budak tak boleh jalan lagi.. kikiki.. spek mata rania yang suka nak sangat, tapi tak lama la tuu mesti dipatahkannya macam yang dulu.. sling bag ZARA tu untuk kutip duit raya yerrr.. hahahah! 
 koleksi jeans raya untuk nia
baju takde lengan dan suar pendek sesuai dengan keadaan semasa
baju rayaaa, yipppie! puas hati dah ready semua!
semuanya di borong kat ZARA, Mothercare & Pumpkin Patch.
* ada je tu yang cakap ini pun kepoh nak citer?? *lol* it's my diary okeyyyy... TET!!!!

Tuesday, June 21, 2011

verangan tak sudah..

hi hi semua.

dua tiga hari tak update. takde cerita best katanya. macam la selalu-selalu tu cerita best kan. perasan. busy sikit dengan nia & afel. dua-dua selsema. yang adiknya demam sikit, yang kakaknya kuat lagi berligat sana sini. ni tengah buat entry ni, dia duduk kat celah i ni. i taip, dia taip sekali. susah budak-budak sekarang, lebih bijak dari emak! pandai dia cakap nak susu sebab nak ambil alih tempati ni.. bijak tak bijak....

sesejak nak dekat due back for good ni kan, i suka sangat belek-belek blog dan google gambar tentang hiasan dalaman, bilik tidur, bilik girl & boy, bilik air, dapur dan semua-semua lah... tak kisah lah walau rumah yang nak ku duduk tu kuarters kerajaan sekalipun. memang plan nak duduk kuarters kerajaan pooooon kan sebab rumah kat BBST sekarang ada penyewa. lagipun, duduk kuarters senang, dekat nak gi keje. jimat minyak dan masa. cewaaaah alasan!

ku asyik pikir-pikir nak buat tema perabot & cat rumah kaler apa, perabot kayu jati ala klasik atau nak semua moden. hasil pencarianku kat google punyalah banyak, naik pinau mata ni nak membelek. kat mana ek nak beli perabot cantik-cantik kat Malaysia, yang berbaloi dengan kualitinya.. :) taklah mahal sangat atau taklah murah sangat... just nice gitew.. nak beli dari sini, memang TAK lah.. perabot besar-besar gedabak, nak masuk pintu rumah pun tak muat. tak kuasa rasanya nak beli dari sini.

yang paling ku google adalah bilik untuk anak daraku.. hehehe.. nak kaler ape yang sweeet-sweet gituuu.. hahahaha.. kuatnya verangan, takpa verangan tu kan bagus, buat bagi kita lagi semangat nak capai, bukan? hehehehe.. jom tengok apa yang i verangankan untuk anak dara comel lote i ni!

ni budak comel lote yang semakin banyak akai..


antara idea menariks hiasan bilik untuk girls.. 
  kaler orange pun menarik, kan? perabot simple tak banyak macamni pun ok, taklah serabut sangat..
 bilik macam kat tepi pokok pun nampak ceria jugakk..
soft purple pun cantikkk
 dan paling ku minati ialah kaler pink english style & kuning kat bawah nih... nampak sweet sangat untuk girl..
akan tercapaikah impian ini atau sekadar verangan? hahahaha..
sweet gilerrrrrr... 

kawan-kawan kat mana nak beli perabot cantik-cantik macmni?? bagitau lah, tak pernah beli perabot-perabot ni, terfikir jugak takut tersalah beli, lepas tu menyesal. that's why dari sekarang ku cari idea sikit-sikit, takdelah balik nanti menggelabah sangat. kongsilah ekkk kat mana korang beli perabot rumah... :) TQ!

Thursday, June 16, 2011

amoi epal

sejak dah mula musim panas ni, boleh lah nak lepas nia berlari-lari kat belakang rumah. belakang rumah ni ada kebun buah. macam-macam buah ada. rasanya setiap kali musim buah mesti ku cerita kan? dah guna ku ku lah pulakkkk kan? takpe lah campo-campo barulah sedap macam rojak! nyumnyum gitu.. hehe..

berbalik kepada buah. rojak pun asalnya buah-buah yang di gaul jugak, bukan? kat sini rojaknya kami letak epal hijau, buah pear, timun, nenas(jarang-jarang jumpa, kalau ada pun mahal weyyy).. nan ado buah jambu dan mangga kegemaranku (tulis sambil meleleh air liur bila terkenangkan mangga muda.. slurrrrp!)

melalut tak sudah-sudah. ni kat belakang rumah i ni ada pokok epal merah & hijau, pear, cheery, limau, zaitun, peach, pisang kaki, anggur, grapefruit dan juga buah kaktusss(kat sini pokok kaktus besar-besar tu buahnya boleh di makan, sedap katanya, ku tak pernah try..) meh le kawan-kawan datang rumah kiteee, fruit picking! weeeeee..

tokey epal halau pekerja gi kutip epal, sampainya hatimu... :(


pokok epal merah tak berapa nak masak lagi, lagi 3,4 hari boleh kot petik 
nyumnyum deliciousss (bak kata nia meniru aksi katun Dora)

 amoi nia baru bangun tido di bawa keluar menikmati panas ciptaan Tuhan..
 ada sesapa nak epal hijau? meh amoi nia tolong petikkkan ekkk..
 epal hijo!
 epal hoji!
 gaya menonggeng ke tu?
nia kalau posing tegak memang lucu!
 buah zaitun tengah nak membesar..
 buah pear ada la sikit ku tengok, tukang kebun tak siram kooot.. kikiki
 kecut semacam jek ku tengok pear nih..

 anggur!! rasa nak petik buat jeroook, mesti best ni.. 
 beribu-ribu anggur ku nampak, entah-entah berjutaa..


pisang kaki, ntah le kenapa namanya di beri begitu.. hihi
 cat walk katanya..
amoi epal
nia memang seronok dapat lari-lari macamni.. 

sekianlah cerita kebun buah belakang rumah. summer jer buah-buah ni ada. karang dah mula sejuk balik, tinggal le dahan je ajo.. summer ni yang terakhir hendaknya, ameeen! tolong ameeen kan jugak ye kawan-kawan. ku dah rindu kampung halaman.. :( uhuk uhuk.. *tetiba!

Wednesday, June 15, 2011

nak berNUR KASIH jugak!

eh macam dah lama je tak update kan. busy dengan anak-anak katanya, macam dah mula nak buat perangai dulu takmau update lagi dah. tapi macam sayang pulak sebab bukan senang nak dapat balik mood belog ni. belog ini di tulis untuk diri sendiri, kenangan, kongsi cerita & pendapat yer, bukan belog untuk korang-korang mendengki tak tentu pasal. *tetiba emo* datang bulan, biasalah kan... hahahaha..

ni cerita khamis baru ni. kebetulan jordan cuti hari keputeraan King Abdullah, dari duk melangut je kat rumah kami keluar jalan-jalan jelajah lagik. dekat jer tempat ni dengan rumah, dekat Amman ni je. walaupun dah 2 tahun lebih duduk sini, tempat yang dekat tu lah yang tak sampai-sampai lagi. takut nanti tak tersampai lansung, jadi bila dah teringat terus je lah pegi kan.

macam pelik je ayat-ayat i tulis ni, macam tak betul je. apa-apa je lah kan. taip nak cepat ni, sementara anak dah tido. masa itu emas, anak tido umminye pun nak tido la kan.. hahahaha

dengan ini TERIMAlah gambar-gambar kami pegi berjalan ke tempat yang menjadi pilihan NUR KASIH jua..

*nak tunjuk bukti katanya memang NUR KASIH buat pengambaran kat sini. ahahaha, lantak ko la nisa, ada diaorang kisah?? ahahaha

 masa baru sampai. i dengan my handsome boy :)
 Amman Citadel namanya

 ku jumpa bunga, ku nak amik gambar jua
 panas terik, sian nia takde pasang bumbung kat stroller dia.. pity u pretty girl!
 Amman, dihatiku (nanti laaaa bila dah balik tanah air nanti...)
 jauh jugak menapak nak sampai ke tempat pengambaran Nur Kasih tuhhh.. eh, bukan pegi sebab tu tempat pengambaran Nur Kasih hokayyyy! berbalik kepada tujuan sebenar ye nisa!
 kesian abi, selalu ada sekeping je gambar.. ahahahah
 kamu jelah model of the day, ummi!!!
 sampai jua akhirnya setelah meredah onak duri, ranjau panas lip lip atas kepala ni haaa... gigih sangat nak p time summer, hambikkk!
 CITADEL
 *perasan kurus*
 nia good girl sangat, lansung tak mintak nak turun dari stroller!
 Byzantine Chruch
Umayyad Mosque
Roman Theater of Amman
 berteduh bagi anak-anak minum susu kenayang-kenyang nak mulakan perjalanan balik
 last snap!
muka bosan nia apekebenda lah tengok batu bata je ummi ngan abi ni?? bosannn! bawaklah ke Disneyland keeeee...