klik :: klik

klik :: klik

Monday, September 23, 2013

keluh kesah mak jemah

Ko mementang la boss ko nan hado kan, ko belek la belog ko ni kan, ko lap la sawang-sawang kan.. ahaks! dah lama bebenor tak ambik berat tentang kisah belog ni... Jadi harini sesaje la kan buat pembaharuan sikit kan.. kan... *ko rasa ada ke orang baca belog ko yang cenggini???* muehehehehe

Rilek sikit harini saja pelan-pelan cari idea, cari semangat berbelog balik. Sekarang dah tak sama macam dulu. Dulu iya la, masa tengah rehat, otak tengah fresh & idea mencurah-curah bagai mencurah air ke daun keladi gituww, ada je kan nak menulis, nak mempoyo, nak meroyan bagai.. Sekarang dah keje kan, ha rasakan la kan... dulu nak keje sangat kan? kan?!

Huwarghhhh seriously i'm sick! tired! dan yang sewaktu dengannya.... CTG please come to mama!!! tak sabar.. tak sabar... errrrkkkk... boleh gituw???



the latest me with 3 kids now... hehehe.. boleh dah tu kan? kan? nak menambah kan? hahaha... 

Sinopsis Cinta Jannah





Tudia lamanya rasa Sabtu Ahad baru ni kan sebab hati tak menyabo nak tengok cerita Cinta Jannah yang comei dan Izaryl yang hencem, kikikiki..  Rasanya korang-korang semua pun gitu kan kan? Hahaha.. sabo sabo, 2 episod je lagi ha nak habis...

Tapi... nampaknya Izaryl kawin jugak ye dengan Damia Ramonazamzam gedix tu! Hahaha... 

Dengarnya tajuk asal cite ni bukan Cinta Jannah kan? Syurga tanpa bidadari mulanya, pastu tak jadi pulak... sedap lagi tajuk asal, tapi whatever lah kan... heeeee

Haaaa mari kita layan Kak Misha nyanyi jap... ambik aura nak tengok petang satgi kul 7.00 malam terpacak depan TV siap mandi, siap ambik ayaq sembahyang.. masuk ja waktu terus solat na, jangan leka.. *ingatan untuk diri sendiri, muehehe*


Ni sedikit sebanyak sinopsis ceritanya:-


Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.




Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.


Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.


Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.


Hat bawah ni teman yang buat kesimpulannya ye; kikikiki


Jannah kembali ke pangkuan keluarganya disebabkan mahu suaminya berkahwin dengan Damia, sedangkan pada ketika itu dia sedang mengandungkan anak Izaryl.  Walaubagaimana pun dia telah di halau oleh bapanya kerana mengandung dan akan memalukan keluarganya lagi sekali.


Jannah akhirnya bertemu Kartina Aziz (taktau sapa, bonda ke) yang bantu Jannah sampai bersalin dan tengok preview tu sampai anak Jannah dah besar pun Jannah masih tak berjumpa Izaryl dan anaknya tak kenal pun lagi ayahnya... 

**wah gitu dok buat ramalan cerita... kakakkaka... eksaited sangat sampai semua segala punca pun nak google tentang cerita nih.. LOL.. 





Wednesday, September 4, 2013

migrain


Memandangkan diri iolls ni selalu sangat di serang migrain, argh selalu stress mungkin! mungkin je tau.. hakhak.. jadi, nak share lah ngan korang-korang, ye korang! yg ada rasa yang sama sepertiku... hehehe.. tapi kan lately ni dah kurang sikit sebab amalkan minum susu omega... tak macam dulu selalu datang keje muka sugul je manjang, lambat makan je nak pitam, nak gigil bagai.... Alhamdulillah... selain dari ikut cara ni, cuba usahakan minum susu omega, insyaAllah....


Tanda-tanda migrain

- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata .
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Cara elak migrain :HINDARKAN :

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
-Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .


Cara rawat migrain / mengubati migrain: Ikut tips seperti hindar sakit kepala:
 ikut sunnah, ikat kepala dengan kain / serban , berbekam atau berinai di kepala . 

Apa yang penting , makan ubat , atau jika tidak mahu bergantung dengan ubat amalkan pemakanan sihat , hidup yang terurus dan jiwa yang sentiasa mendekati tuhan bila dilanda sebarang dugaan. Semoga semua sihat ya, kawan-kawan . 

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku" Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]



Wednesday, August 21, 2013

Keruing Villas @ Putrajaya







KERUING VILLAS @ PUTRAJAYA

Building Type : 2-Storey Link House
Land Size : 22' x 78'
Built-up : 2473 - 2556 sq.ft
Total Unit : 24
Location : Sg Merab and beside to Taman Desa Saujana(in between of Putrajaya & Bangi)
Land Title : Malay Reserved Land (only Bumiputra)
Bedroom : 4+1
Bathroom : 4
Specification : Fully Finishes with tempered glass railing at staircase and balcony, first floor furnished with laminated timber floor.

Start Construction : June 2013
Expected Date of Completion : April 2014
Current Construction Stage : 15%

Accesibility :
- 2km to Putrajaya Entrance
- 7km to Bandar Baru Bangi
- 7km to Alamanda Shopping Centre
- 8-10km to PICC, Masjid Besi & Palace of Justice
- 12km to Hospital Putrajaya

***Governments' Booking only RM1,000
***Privates' Booking only RM2,000

Sesapa yang berminat boleh contact i, nanti i kasik contact no. developer. Cepat2 kalau nak sebab rumah dah tak banyak n offer rebate 11k sampai 31 Ogos je tau.. :)


Thursday, June 6, 2013

Sinopsis Teduhan Kasih



SINOPSIS TEDUHAN KASIH

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. 

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.


Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat.  Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. Kelahiran Adam merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. 


mode; tengah tunggu novel ni sampai dekat opis. dah beli dah dekat karya seni dengan harga diskaun rm3.. hehehe syiokkkk! xsabarnya nak tahu kisah selanjutnya..... euwwwwwwwww! 

tapi geram gile kooot dengan ayu ni, nanti dia nak ehsan plak! apa jenis la dia ni ye... grrrrr! genggam penumbuk je sambil tgk citer. apakah???? kikikiki so emosi ok iolls.... good job la cite ni buat orang ternanti tertunggu tak sabar dan macam-macam lagi.. 



Tuesday, April 23, 2013

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr. Fadzilah Kamsah

tudiaaaa dia mai dah dengan tips-tips dia pepagi nan indah.. 

walaupun hati tersentap di pagi selasa yang nyaman lagi sejuk ni... jadi, marilah kita sama-sama membaca tips bina keluarga bahagia, dan doakan mereka yang dengki dan irihati dengan kita juga hidup bahagia.. amin...


50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr. Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang

Thursday, April 11, 2013

shae sayang versi islamik


lately ni artis youtube makin mendapat nama kan? betul tak korang?? tak payah buat kelip-kelip macam tasha, macam ainan, duduk atas katil buat aksi pun jadi lah (parody) alaaa... macam bobo si baju hijau askar tu siap dah kena interview beb, tinggal tak masuk melaTOP je lagik ha... padahal alahai nak tulis pun tak sampai hati ..

lagu shae sayang popular betul kan?? kali ni iolls jumpa kat youtube versi islamik dari ustaz-ustaz muda mana tak tau la ni siap pakai kain pelikat nyanyi  tapi ni diubah la liriknya supaya menjadi macam nasyid sikit... hehe.. layannn...

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.


Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.


hat ni parody versi pecah perot mak nakkkkkk!!

Wednesday, April 10, 2013

Cara Kempiskan Perut

-->
hi hi hi. dah 1 week tak update ye. busy like a bee plus dizzy mizzy je skang ni.. udoh tak rajin nak menulis, mood takde, stress je ada. arini iolls nak kongsi cara nak kempiskan peyut (perut). hahaha. walaupun iolls bukanlah ramping kemping, dan bukanlah buncit teruk, iolls jadikan tips ini sebagai pemangkin semangat bila baca hari-hari. *baca hari-hari ke masalahnya?* amalkan tu yang penting. mari mari kita baca ye 7 cara itew...


7 Cara Kempiskan Perut Buncit
 

*Gambar Hiasam je ni, bukan gambar sesiapa*



1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

# minum air ni memang dah banyak dah, tak larat nak ke toilet nye pulok. dah la bilikku dihujung donia.. parahhhh.. tapi takpe demi kesihatan, ku amalkan.. ke nak kempis?? wawawawa...


2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

# gelojoh penyebab buncit?? rasanya tak le gelojoh sangat iolls ni... ngeh3x


3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

# erkkkk iolls memang kuat masin, caner ni????


4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

# erkkk selalu takde masa nak makan epal2 ni.. sayur2 hijau pun selalu je skip... huhuhu... patut la tak kempis2... hahahhak


5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

# errrrkkk! iolls banyak gile telan ubat....


6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

#nasib baik yang  ini goog good sahaja.. hehehe... iolls suka minum yogurt, that's y la.. eleh... buncit jugak uolls... hahahha takpe ambik masa.. tak semua yang diimpikan akan datang bergolek depan mata..


7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

#jogging sejam dua, lepas tu mamak memanggil2, achaner tu??? hahahhaa...

Selamat mencuba uolls! jangan ikut kite ni tau.. pemalas! tapi nak kempis kerempeng. *hempok kepala kat dinding*

Wednesday, April 3, 2013

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

nindiaaa, peringatan untuk sesama insan... hehehhe...



Dunia kanak-kanak


 Disebabkan kamu kumbang, kamu harus mengejar bunga-bunga itu... cepat!! supermannnnn katanya..

dipautnya tangan kakak nia... hehehe... imad, imad... ummi rindu keletah kamu. baru kat opis sekejap ni dah rindu anak-anak. serius sekarang ni kat opis duk teringat anak kat rumah je. serius! bukan main-main. hakhak.

 seronok bukan main dapat jumpa kawan-kawan, tak heran dah umi abi..

seronok kan jadi kanak-kanak, tak payah pikir apa.. kita (mak ayah) yang kena pikir untuk diaorang.. hehehe




Tuesday, April 2, 2013

Kunjungan kakak dari Jordan

Khamis minggu lepas, rumahku dikunjungi kakak tersayang masa kat Jordan dulu, kakak yang banyak bagi nasihat dan bantuan etc. kak anis datang dengan keluarganya. ku ajak sekali kawan lain masa di jordan dulu yang dah balik for good, kak julia dan suriayani, suaminya masih di jordan.. kak anis balik bercuti for 3 weeks je.

 dinner simple je malam tu memandangkan petang tu keje, masak ala kadar je.. :) tapi cheesecake itu mesti! hehehe...

kami berempat.. semoga ukhwah yang terjalin berkekalan.. :)

Hot Air Balloon, Putrajaya Part II

Dek kerana anak-anak tak puas hati tak dapat tengok belon besar, maka umminya yang penyayang lagi menyayangi anak-anak telah membawa anak-anak beliau sekali lagi tanpa rasa jemu dan putus asa di hari ahad yang berbahagia..
jem tak payah cakap, tengok pun tau dah. setelah beberapa kali pusing, akhirnya dapat gak parking. parking tepi-tepi jalan. masa nak balik tu, lagi 2, 3 kereta polis trafik tengah bagi surat cinta... perghh nasib cepat.. kalau tak melayang money.. hakhak


Imaad sooooo excited, alah bibik pun excited, ambik gambar tak sudah-sudah. nak hantar kat pakwe lettew!

 haipp cekak pinggang lak dia

 peace yo!


 3 beranak..

kucing ke ni eh?

kalau keluar tak pekena ummi memang takkan balik kan? kan? payung pun jadilah.... apa-apa je lah..

Hot Air Balloon, Putrajaya 2013 Part I

Pagi Sabtu baru ni bawak la anak-anak pegi ke tempat Belon Panas Putrajaya, malangnya takda pun belon berterbangan.. Belon panas takde, panas hati yang ada.. hahaha! uii panas kemain cuacanya haritu. ni gambar singgah kat tepi-tepi jalan sebab telinga tak tahan panas anak-anak jerit nak belon upin la, nak belon princess la, mickey mouse la, hello kitty la, hellllllllo, ingat ummi ni cop duit ke nak?? belon ni dah la kocik, sebijik RM5 plak tu. huh! hahahaha..

 Akibat takde belon panas pagi tu, balik main belon kat rumah je ye..


 habis hati la tu dapat belon


 seronok nya lahai...


 sayang anak-anak umi, penawar duka lara


 alahai sukanya tak terkata ye


Love anak-anak ummi, teman bergaduh, teman bermanja
ni la mukanya orang yang panas.. haha!