klik :: klik

klik :: klik

Saturday, May 22, 2010

gadis & munge..

terlalu banyak nak di update, terlalu banyak nak di kongsi, tapi kekangan masa dan waktu membuatkan semuanya terbatas. ummi busy jaga nia yang semakin lasak dan mood mengemas rumah mendatang la pulak.. hahaha... ni sesaja nak update little girl ummi yang dah semakin membesar. semakin bijak pandai sekarang ni.  esok dah genap 9 bulan, kejap je masa berlalu, tak lama lagi dah nak 1 year. tapi tak dapat nak celebrate buat party besar-besaran la sayang, hari lahirmu jatuh di bulan Ramadhan, ummi puasa, sorry... hehehe, hari raya kita buat double celebration okeh!

tetiba mukadimah panjang.... hahaha..

di suatu petang yang damai, ummi nak ke pasar menumpang kawan ummi, nia dah tau dah skang ni kalau ummi nak tinggal muka masam macam hape jeee.. nah layankan muka masam bucuk-bucuk ummi ni... :))

anak gadis ummi dah besar..
nia takmo pandang camera! protes sbb ummi siap lelawa, nia pakai sekirt duk umah jeeee..
ummi ni tak faham ke? asyik nak posing jeeee...nia takmo begambar la nia tak comeiiii.. nak tukar baju plssss.. nia nak ikut ummi!!
tak hendaknya pandang kamera!
kena kiss pun buat selamber dekkkk jeee..
camne nak jadi model ni darling, muka masam jeeee..
ish ish, takmo pandang lansung dieeee
x puas hati keeee??
bunga di laman ummi dah boleh petik, tapi anak gadis ummi belum boleh tauuuu...
gambar selingan, hahahha
ni ummi ni ape kes ni??? hahahaha...


Tuesday, May 18, 2010

nia balik segamat..

sekali lagi cerita lama nak di abadikan di sini, hihihi.. gambar-gambar yang di capture time balik cuti kat segamat hari tu. nia suka benor tak berbaju dengan rambut toncet sikit. buat muka comel pulak tu walaupon kena paksa posing time bangun tido.. hehehe..
nia denganqistina yang sebaya dengan nia & kak alin.. alamak! nia kena tendang dengan qistina lah..
ohhh qistina tendang nia yer, nah nia gigit qistina balik.. hihihi...
vavava dah pandai berkawan dah dia, kemain suka dapat kawan sebaya..
jom kita lumba sapa paling laju nak? yeay! nia menang!!
nia dengan maklong..
nia dengan maklong dan kak dira..
kak alin yang notty.. hihihi.. agak-agak nia dah besar rupa macamni kot sebab rupa nia skarang macam kak alin masa kecik-kecik.. hihihihi
nia ni buat perangai pulak orang nak amik gambar ramai-ramai ni.. haish!
nia bergambar kenangan dengan ummi & tok mak
alololo comeinya baby arissa pandang apa tu??
tok mak, ummi & nia, mak yang & baby arissa, mak long & kak dira
dapat balik kejap je ke segamat. abi lah busy sangat banyak kerja sana sini. mujur nia sempat jumpa sepupu sepapat dia.. hihihi riuh jadinya semua gegirl 5 orang.. hehehehe.. :)


Wednesday, May 12, 2010

lagi gambar gelagat nia masa kat kedah

see, how notty iman rania, punya la happy tak payah pakai baju..




time ni bukan main suka dia dapat makan ABC kat Aloq Setaq, panas katakan... tak bagi, siap mengamuk-ngamuk lagi.. adoi la...
umi nak marah pun tak boleh..
testing camera baru.. pak ngah baru jer beli Nikon time ni..

 ummi, kita dah jadi kaya eyh? 
tok ummi siapkan cucu nan sorang ni haaa...
macam brsiap nak g tadika lak kata aunt tity
mmg buas nawww time nak siapkan dia..
pakaikan headband okeyy
kusss semangat nak dapat siapkan diaaa..


Tuesday, May 11, 2010

cuti-cuti Malaysia 2010

malam ni dapat la update belog sambil pekena blueberry cheesecake yang dibeli di safeway beberapa hari lepas! diet konon tak makan nasik malam, tapi hantam makan cheese cake, poyolah! abi takda pulak malam nih, ada dinner kat luar, malas betul nak turun minum air, manis sangat la pulak cheesecake ni, penakut kan?! haruslah, anak dara i dah tido,takda sapa nak temankan.. nia dah tido seawal jam 8 selepas pekena susu 7oz.. tetido kekenyangan la tu.. sekarang nia dah boleh tido lama-lama, kalo dulu amboi setengah jam dah mangkit. tak sempat ummi nia ni nak buat apa.. susu pun dah start minum banyak, panas kot cepat dahaga maklum la amman dah dilanda panas terik & berdebu sekarang ni.. tadi tengahari pun nia tido lama, sempatlah kemas-kemas apa yang patut. eh nak cerita apa sebenarnya ni?? haishhh~

sebenarnya i saja nak abadikan kat sini gambar-gambar yang belom sempat upload. citer lama la ni time balik mesia aritu.. gambar masa nak balik ke amman kat KLIA. angah & fifah yang capture!

notty girl jelir kat photographer
~nia with makcik
nia with pakcik
tok ummi ajar pok amai-amai yer..
sekembalinya ke amman, nia dah lupa daaaa
nia with tok wan
sampai tertido ke sedih sangat tu?
alahai sayangnya nak lepaskan..
manjanya nia ngan tok wan
tak habis-habis lentok ngan tok wan, nia sedih yer nak tinggalkan tok wan..
nia dengan tok nyang
nia dengan tok teh
us with mak & ayah serta anje..
my big family yang setia menghantar setiap kali kepulangan kami ke amman...
bye bye Malaysia..
 berehat sebentar di coffee bean, tengah nak breakfast tiba-tiba nia telah melakukan pelaburan.. mujur belum fly, kalo tak, maka busuklah 1 kapal... hihihi..
 sedapnya nia tido dalam bassinet.. over sebenarnya dah 7kg tau nia ni, tapi ummi nak gak sebab lenguh tangan ummi nanti tau.. muat jer pun dalam tu.. tido dengan nyenyak  sepanjang perjalanan lagik.. senang travel dengan nia, dia tak banyak buat hal.. sebab tu ummi boleh balik haritu tanpa abi sebab ummi tau nia suka travel, dia happy je sepanjang perjalanan tegur orang sana sini.. ish ish..
ha kalau dah ada baby macamni ler, penuh kat ruangan kaki tu ha dengan beg segala macam barang-barang.. hihihihi...
nak posing jugakkkk hamboi hamboi..

masa ni nia bangun sebab buat pelaburan lagi di atas udara.. hihihihi
fresh sikit time transit ni dapat cuci-cuci muka nia yg dah bergetah tu... masa ni kat Bahrain..
sesampai jer nia tido tak hengatttt punyaaa, jetlag.. kesian nia.. 2,3 hari jugaklah nia tido awal sebab ikut time mesia.. pagi-pagi kul 4,5 dah bangun korek-korek mata ummi... ish ish..


sekian saja cerita travel kali ni... penat betul balik sekejap-sekejap ni.. hubby, tak boleh ke u amik cuti 2 bulan terus? baru sempat i nak dating ngan semua kengkawan bawak jumpa princess kesayangan kita ni.. semua nak tengok dia tauuuu, tapi tak sempat, sorry to u olls yang i tak sempat jumpa tu ... masa adalah sangan terhad.. nak tido pun tak sempat! cewahhhhh, alasannn... kemain lagii... hihihihi....