klik :: klik

klik :: klik

Tuesday, June 17, 2014

Nasi Maglubah

Hi hi hi... makjemah kembali lagi... kali ni bersiaran dari tablet makjemah. Memandangkan makjemah sangat malas nak naik ke atas lepak depan lappy. Nak update kat opis jauh sekalilahhhhh.. dah kena block uollsssss... sentap hati mak ni ha.. jadi lepas ni, usahlah menaruh harapan tinggi yang ai akan update sehari satu entry!

Berbalik kepada cerita sebenar, tu selingan mukadimah aje! Haksssss....

Malam ni lepas isyak, di ulangi lepas isyak, hati ai ni melonjak sangat eh nak makan nasik arab! Apakah pembawakan budak? *tapi rasa macam tak* Napsu semata jer tu. Jam-jam tu gak bukak peti keluar apa yang ada. Kurang sejam siap masak & makan. Ai masak nasik putih n sup untuk hubby, alih-alih dia nak nasik arab jugek... selalu dia tak minat sangat.. rindu agaknya.. hehehe... tu je, k bai.

Wednesday, June 11, 2014

Kerana Terpaksa, Aku Relakan


Patah sayapku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu hidup tak beerti (*my sweet Rania dah pandai nyanyi sampai bait ni sejak emakjemah beliau setiap isnin-khamis jam 7 malam melangut depan tv. haritu kemain janji katakan taknak pada drama melayu zaman sekarang yang bersiaran jam 7 malam! tapi terjebak jugakkk dengan fenomena patah sayap ni! deng!


Pelakon utama, super sweet dalam pic ni, tapi dalam cerita patah sayap ni mak ai serabai tahap, okai memang dah watak camtu, jangan nak komplen sangat jemah. u ada orang ambik berlakon? takde kan? ai bukan ape, ai menyirap dengan keselebetan dan kekelamkabutan (ada ke ayat ni?) tapi yelah pandai dia berlakon, menjadik. gelak jugak hati ai yang kejung. bukan setakat gelak dalam hati dah, u gelak besar kan, sampai suami tegur, eh?


Oh! this is super handsome! (suami sila jangan baca) ek? takpe dia pelakon, sebagai peminat boleh kan puji kan? kan? mula-mula kekwat, sekarang dah tangkap cintan pulak.. boleh la... tapi kan, indah tidak tahap lawa macam maya karin or nisa surihani *baca lisa surihani* (eh?) tapikan diaorang ni macam bila nampak indah macam terpegun, eh macam tak boleh terima, eh macam? pang sedas!!! banyak ko punya macam! tapi ye la... mungkin kalau ambik yang lawa ke cantik ke tak seswai la kot dengan wataknya.. btw, good job indah! pandai berlakon sengal-sengal camtu..


Ni lagi sorang yang terpegun kali pertama jumpak kat restoren masa indah mula-mula keje. ai tengok macam! laaaa.. indah selebet je pun... lain la kalau nisa surihani, eh?


Ai google aedy ashraf, sebab ai nampak ada nama dia masa cerita nak mula tu.. keluar muka ni. okay, ai sebagai makjemah tak tau nama pelakon ni, kesian. tapi selalu tengok dia berlakon dari kecik kan dia berlakon. watak dia tak dapat dipastikan. maybe TAJUL yang lagi seorang. 


3 TAJUL bersama INDAH 


alolololo *JELES*

Bai. 
*entry tiba-tiba selepas ai google aedy ashraf! asal kau bahagia jemah. dah sekarang p masak, laki kauuuuu dah lapar...

Makjemah, PA berhemah

Boss pegi meeting, dan hang makjemah nak blogging! Elok!? FYI, mak jemah adalah seorang PA berhemah okay, bijak mengambil kesempatan dan peluang yang ada. Ai tak lepaskan peluang okay! *Pappppppp!! Pang sedas*

Makjemah lansung takda cerita hot dan panas dari oven hari ini... cuma mahu mengatakan dan menceritakan (*tak riak) kerajinan makjemah mengemaskini dan merapikan bilik sempit makjemah. (#sukahatimakjemahnakpoyo) LOL


Makjemah-PA berhemah (tagline)


Seharian, ai mengemas pantry kecik ai ni tau... eh? seharian ke?


Dalam bilik banyak makanan macamni, korang rasa ai buat keje ke, keje makan? Eh?


Port tido bila mengantuk... *sometimes la, sebulan sekali kotttt


Almari dibebani segala macam bentuk hadiah dari kawan-kawan, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan sebagainya yang baik hati dan didoakan mereka yang memberi dimurahkan rezeki.. amin... *tetiba*


My workplace . nampak tak kantoi disitu, tengah nak update blog!


Cepat taipppp, ada lagi seploh minit je sebelum menginjak 5.30petang! Ni cermin sakti makjemah! LOL


Penuh warna-warni kan? ceria tak bilik makjemah? bilik sempit aje, okay la ai masih boleh bernafas dan mencari idea.. tapi nampak tak... semak kan dengan barang tah ape-ape?? baru dua tahun keje, dah banyak barang macamni.. haiyoooooo! nampak tak teh tarik? hari-hari boss ai belikannnn, kencing manis ai dibuatnya! ok bai. hubby on the way nak ambik dah... bai. bai. bai.








Monday, June 9, 2014

Keruing Villa @ Putrajaya Part II

Ok awal arini ai berbelog kan. selalu asyik takde masa je kan. sekarang banyak pulak masa, mana ko curik masa ni jemah?? hahaha.... boss ai.... selalu pulak takde lately, banyak kes pulak sekarang ni asyik pegi court je kan, dari melangut takde apa nak buat, baiklah mencoretkan sikit sebanyak kejadian dalam kehidupan, supaya tak lupa dek ingatan. eh? *pap!! pang sedassss* bajet ada orang nak tau kisah kehidupan ko kan? Kan? Menulis bukan untuk menunjuk, tapi sekadar suka-suka, nanti nak throwback senang.. Kan?

Entry ni lama dah di draft, baru pagi ni ada masa nak touch-up sikit. Sikit la... Tu pasal pepagi dah boleh publish. Hahaha... 

Ai nak story tentang rumah ni.. saje je bagi yang berminat nak beli buat aset kan.. Taktau masih available ke tak, cuba la contact developer. 


Location: Pinggiran Putrajaya, tak tau sangat nama perkampungan atas bukit nih.. penunjuk arah menuliskan Putra Hillview. Nama perumahan ni: Keruing Villa @ Putrajaya katanye... tidaklah dalam Putrajaya pun. Belah-belah sungai merab sana.. Tapi ai like the view yang kena lalu jalan kampung-kampung, ala-ala naik turun bukit beralun-alun gitew! *poyo*


Dari depan : Tingkat atas


Dari depan : Tingkat bawah


Dari dalam rumah : Garaj parking kereta


Dari tepi : cat warna kelabu gitew


Dari tepi : bagi rumah corner lot, end lot, ada tanah & pagar macamni. Rumah contoh, ada tanam rumput karpet, rumah tak contoh tak tau leeerr.. Untung rumah contoh!


Dari tepi : sliding door bucu kekdahnya, berbentuk L shape *punya taktau apa istilah*


Dari belakang : ni je lah harapan untuk buat wet kitchen, nak masak membasuh segala.. Huwaaaaa kecik gile hokay, inilah dinamakan sekangkang kera. Okai la, dari takde tanah.


Dari tingkat atas : Masterbedroom, ada sliding door 4 slide, senang nak kuak bagi angin masuk dan cantik je nak seret langsuir ke tepi, eh? Langsir!!!  Ada balkoni jugak buat lepak-lepak petang-petang, sambil minum kopi dan update status "indahnya pemandangan dari balkoni makjemah", "tenang hati makjemah harini, setenang dan sedamai alam" atau "sedapnya angin sepoi-sepoi bahasa" *pang sedas!!!*


Dari tingkat atas : Masterbedroom : Bilik ayor


Dari tingkt atas : Masterbedroom, ruang terhad, macammana ni katil ai is gedabak!


Dari tingkat atas : Masterbedroom dari pandangan balkoni


Kemain lagi korang kannn... Posing sini bagai...


Bertabik pulak die!


Dari tingkat atas: Bathroom bilik ke3 ni, bilik Rania & Raffel tak ambik pulak.


Dari tingkat atas : Bedroom ke3, cadang nak bagi bibik duduk sini, sebab kalau bagi bilik bawah nanti sepah pulak bila guest datang, ai tak percaya dia boleh kemas dan rapi bilik dia every day. Hasil dari pengamatan mataku selama 3 tahun! 


Ni dekat ruang family atas, kecik je, tak ambik gambar penuh pulak.


Dari tingkat bawah : Ruang tamu berbentuk L shape jua. Maklum la type sempit memang begini.


Dari tingkat bawah : pintu masuk


Dari tingkat bawah : ada sliding door yang 4 slide jua. Ai is like. LOL.


Dari tingkat bawah : pandangan menghala ke dapur, ada sliding door yang bila buka, akan ke tepi semunya, ai don't like.. Huhu...


Dari tingkat bawah : pandangan dari dapur


Dari tingkat bawah : tangga menuju atas


Budak over excited memang begini


Peace berganda


Diaorang nampak seekor binatang mati kat hujung tu, punya la riuhhh wey!


Peace je la modal


Dah jom baliks!



Suke sangat budak duaorang ni, ajak pindah cepat, ni rumah orang nak oiiii...

Ok bai.












Sunday, June 8, 2014

Things to let go.. Let it go.... Let it go....

Bismillahirrahmanirrahim...  Makjemah muncul sehari dua kali bila mana dia ada banyak masa terbuang. Bukan.. Bukan... Bukan tak buat kerja rumah okey, ai baru je lepas lap "debu-debu cinta" sampai "terbersin sekuatnya cinta kita" dah ni!!! Ek? Tengah lap-lap meja makan, ai is terpikir besarnya meja makan 10 orang duduk ni untuk rumah teres kitaorang nanti. Ofkoz lagi sempit dari kuarters yang didiami sekarang. Jadi pikir punya pikir, rasanya elok lah let go meja makan ni kepada sesiapa yang berkenan dan berminat. Kerusi tak bukak plastik lagi tau. Takde jejas apa lansung pun sebab meja ni bukan meja makan kami hari-hari. Bila ada tetamu baru digunakan, ewah ayat awat sekema rama sangat ni? Hakhak!


Material : kayu nyatuh yang tahan lasak! Semuanya 10 kerusi, 2 lagi ada kat belakang sana, ai alihkan letak kt corner tu..


Plastik belum bukak tau. Ini buktinya. Hehe... Koyak-koyak plastik sikit-sikit ada la... Tapi kusyen lansung tak kotor pun! Harga beli RM3000 rasanya, resit ada lagi simpan. Whatsapp makjemah okai kalau berminat di talian 012-2778825.

Tapi makjemah is sayang ngan meja makan ni tau... Kalau terjual nanti, mesti makjemah nangis doplohpatjam. Huhuhu... Hover kau jemah! Konsepnya kalau terjual, alhamdulillah rumah nanti tak sempit sangat, kalau tak terjual gunakan jugaklah tapi rumah nanti sempit sikitlah kalau korang datang bertandang... Tu je. Ek?

Ok bai. Jumpe esok di entry makjemah satgi nak tido ai pikirkan.








Melawat tapak rumah

Hari ni makjemah ber sundate ngan hubby makjemah. Keluar pegi sarap cari kedai melayu buat roti canai. Selalu asyik makan roti canai air tangan mamaks je kan. *bila pk kan bulu tangan dia, naik geli pulok* Okai tak payah nak pk sangats! Anak-anak kasi tinggal sama bibik sebab notty sangat dari pagi tanak mandi. Rasakan.



Jangan keji makjemah yang suka selfie. Haha. Tabiat semulajadi semorang bila masuk kereta. Maybe. Ke ai je?

Lepas makan, saja pepusing kampung-kampung kat bangi, melihat indah dan damainya kehidupan di kampung. Sejuk rasa, aman pun iya. Pusing punya pusing, tersampai ke area rumah kitaorang beli ituhari. Belum siap untuk didiami, insyaAllah ada rezeki hujung taon/awal taon depan bermastautinlah kami di situ. 


Tak siap lagi. Banyak lagi ni. Menggeletis nak turun tengok mana yang dibuat tak okey. Mana tau kan...kan... Hey, kau arkitek ke kontraktor? Tak payah nak hoverrrrr sangat. Mamat indon & bangla tu pandai la buat keje dia! Pang sedas!

Rumah contoh dah siap dah... No. 24. Tak pegi turun tengok pun. Sebab dah selalu sangat. Ngeeeee



Ok bai.