klik :: klik

klik :: klik

Sunday, May 29, 2011

dan apabila ibu-ibu join kursus..

Peserta Kursus Peningkatan Profesionalisme
 Miss WCC & Ustazah Normazidah
 Penceramah yang santai dan kelakar
peserta kursus tengah kusyuk mendengar
yang ini posinggg, hehehe.. biasa la tu kann.. berseri-seri kan purple mommy wannabe ni..
 the table
 susun macam gini yer kawan-kawan
 Datin Jamilah banyak memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalaman beliau yang dah merantau banyak negara dan entertain ramai orang-orang besar & VVIP

Ladies & 4 student praktikal @ Kedutaan Malaysia
siap dapat sijil, i likeeeee!

Friday, May 27, 2011

cubaan anda tidak berjaya!

rabu baru ni Jordan cuti. sambut merdeka katanya. ni bukan nak cerita pasal merdeka ke hape. ni nak cerita pasal rania ni ha. kuat bebenor berputing nye. naik rimas tengok, tak boleh berenggang lansung dengan "tingting" dia tu (nia panggil putingnya tingting), kalau hilang kejap je pon dah riuh tingting, GRRRRR!

petang tu saja la weolls kuar jalan-jalan tanpa niat nak beli apa-apa, tapi akhirnya terbeli jua. beli APA!? apa lagi kalau bukan stroller idaman i. haha, dapat lebih murah dari harga sebelumnya, rembat saja bukan?? haha lagi sekali.

kisahnya, masa jalan-jalan, hubby cuba sembunyikan tingting nia ni. nak praktis tak nak kasi nyonyot lagi dah nak masuk umur 2 tahun pun kan. dia pun tak mintak sebab dah seronok sangat dapat naik stroller baru tu kan. sampai la dah balik rumah time nak tido, dia pun macam gelisah sangat. tapi weolls buat tak tau je, nak tengok apa katanya. i ni jenis kesian kan, cuba la terangkan yang tintitng nia hilang tadi masa jalan-jalan bagai, macam-macam la kan. dia pun takde bunyi apatah lagi nak sebut pun. agaknya dia pun terasa macam dah hilang kooot.. ke dia faham apa yang diceritakan ke...

akhirnya nia tertido tanpa bantuan tingting azimat tu. boleh pulakkk?? nak di jadikan cerita malam tu, affel pulak tak boleh tido, asyik la gelisah, merengek sampai la kakaknya terjaga pulak, ahh sudah! nia telinganya tak boleh ada bunyi sikit, pasti terjaga punya. tepat sekali akhirnya nia pun bangun le sambil nangis-nangis, TINGTING! mulanya biasa je, lepas tu dah jadi luar biasa, makin kuatttt! bingit telinga awoook ni ha di pagi-pagi nan sunyi dengar suara dia je. lama jugaklah nangisnya dekat sejam ko!!!

akhirnya naik rimas mendengarkan anak nangis ni, maka iolls pun menyuruh hubby membagikan saja tingting tu. boleh je dia terus diam nangis & sambung tido macam biasa. magik bukan! penangan tingting busyukkk dia tu! geram sungguh! nampaknya iolls kena cuba lain kali sehingga berjaya..

kawan-kawan kat luar yang anak berputing tu, macammana yer nak pisahkan diaorang ni dari putung tu?? dah besar dah ni, tak molek le pulak nampak asyik nyonyot jeeee.. kongsi lah dengan i yerr...

Wednesday, May 25, 2011

::NKTM Mode::




::NKTM Mode::

bilalah nak dapat tengok cerita ni weyh?? sabo je lah. nak tunggu DVD kompom lom ado kan. sabo, sabo. sure korang-korang semua kat Mesia dah tengok kan! ada yang sampai 2 ,3 kali pulak tu. jeles, jeles.. ada sesapa nak belanja tiket kapaltorbang untuk saya? nanti saya belanja balik tiket wayang untuk kamu, ada?agagagagaga...

Tuesday, May 24, 2011

90 hari bersamamu, Raffel

Tadi petang bawak anak-anak check up bulanan. Rania 21 bulan, Raffel 3 bulan. Alhamdulillah, syukur padaNya kerana telah mengurniakan kami sepasang cahaya mata yang comel-comel( mesti ada yang menyampah baca statement ni, hahaha).

Setahun hidup berdua, 18 bulan hidup bertiga, dah kini 90 hari hidup berempat. datang Jordan dulu berdua, balik nanti berempat. marah kerajaan nak kena bagi tambang kat 4 orang pulak kali ni, kah kah kah.

90 days with Raffel
 update check up tadi;
Raffel tinggi 61cm, berat 5.9kg
kakak menangis dengan hebat sekali kena cocok, lalu dokter memujuk dengan bagi anak patung ala-ala Barbie ni. suka pulak dia, diam nangis. nanti ummi belikan lagi ye.. kalau teddy bear, nia tak minat. anak patung suka pulak. boleh sikat-sikat rambut agaknya.




 anak patung dokter bagi

sedih jer muka, kesian ummi tengok. adik rilek je pun, lepas nangis kejap terus tido. tapi bila kat rumah adik menangis tak hingat punya. i tengah masak kat dapo pun tak senang, dengar menangis bagai nak rak. last-last dukung bawak ke dapur, masak sekali dengan i, pandai lak diam. sudah setart perangai tak mau kat abi. 

dua-dua tido awal malam ni, sebab tu la wujud entry ni. kalau tidakkkk, takdenye.. huhu.. 

Sunday, May 22, 2011

ini tamak namanya*

apakah ini satu keperluan atau kehendak?? sabar-sabarlah wahai hati. teruk bukan? baru saja belikan adik raffel stroller baru, (sebab yang lama dah hilang, tak sudah-sudah pasal stoller yang hilang tu kan?) ada hati nak beli yang TERbaru lagi..

tetiba semalam (tetiba la pulak) jalan-jalan city mall, ternampak mothercare takde sale pun, tapi dalam cermin ada stroller menarik lagi tertarik. ternampak okey! stroller biasa-biasa je, tapi kalernya menarik.. oren plus hijau gituuu.. murah pulak tu. baru 65 koooo!(takmo convert) alasan murah la tu kan! tetiba terkeluar, "murahnye b, kita beli untuk nia nak??" *sengih* stroller nia masih elok je pun, nia tengah naik pun masa kejadian tu. i tu yang saja-saja gedik nak beli lagi.

balik rumah, malam tu terus mimpi okey!, tak boleh jadi ni, keluarkan duit tabung sendiri pun i sanggup tau untuk nia. nia mesti suka bila dapat benda baru nanti.. apa-apa je la lahhhh ko ni nissa oiii.. saje je nak kasi sama kaler ngan adik punya stroller sebenarnya, wink* wink*


-stroller idaman nia- (*alasan)

JD 69

 £34.99

murah bukan???? kikikiki

Wednesday, May 18, 2011

terkenang-kenang

tiba-tiba kan, rindu bebenorr dengan stroller  kat atas ni yang hilang tu. lol! tak habis-habis lagikkkk kisah stroller.. terkenang-kenang sangat sampai terbawak-bawak ke dalam mimpi uolls! ye lah, baru berapa kali sangat guna/pakai/lenjan-lenjun. sekali dah lesap pulok.. bila kamu nak pulang kembali kepada kami wahai stroller?? lol. walaupun kamu tak mahal mana, tapi saya suka kamu. vedebah kan sapa yang curik tuh!!

susah kami jadinya bila kamu takde. *ni entry apa sebenarnya ni? macam la stroller tu pandai baca, kan? macam la pencurik stroller tu pembaca setia blog kamo yang pemes ni kan?? pemes ke masalahnye kan?? apa-apa je lah kan.

tapi takpa, iolls dah dapat hadiah stroller baru sempena cukup umur 26 tahun! heloooo, kamu naik stroller lagi ke tipahhh?? hahaha! sejak ada anak-anak ni, hadiah untuk i, i dah tak kisah sangat nokkks! i rela hadiah untuk i di tukarganti untuk anak-anak. rela gituuuu, jangan beberapa hari lagi merengek-rengak nak pulak yerrr.. terima kasih B, belikan raffel stroller baru! barulah ummi tak penat nak dukung lagi kan.. bukan tak nak dukung anak, tapinya nak jalan-jalan, shopping bagai susah kan kalau dukung... kira hadiah ni ada la kena mengena dengan i kan??..  yuhuuuu.. mesti ada yang tengah ketawa terkekeh-kekeh kan?? apeee?? dapat hadiah stroller?? kelakar la u ni nisaaaa... well, ada ku kay shah??? lol*

Monday, May 16, 2011

sweet 26

Alhamdulillah, syukur padaNya kerana masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.. Syukur jua padaNya atas segala-gala yang dianugerahkan, suami yang penyayang, anak-anak yang comel-comel, rezeki yang murah, kesihatan yang baik, kebahagiaan rumahtangga dan segala-galanya yang dianugerahkan...

tiada sambutan mahupun kek, cukuplah sekadar ucapan tanda ingatan. terima kasih pada semua kawan-kawan yang wish kat facebook. ada yang tak sempat nak reply pun. mintak maaf ye, harap jangan ada yang terasa..

hadiah sebuah keluarga bahagia adalah hadiah terindah daripadaNya..

Sunday, May 15, 2011

tengok gambar je lah..

kecik hati dengan blogger ni tau. kang merajok pakai wordpress pulak baru tau, tau... apakena pun tak tau.. berapa banyak tau tau tau??

semalam buat entry, save. arini konon nak edit sikit-sikit lepas tu publish, alih-alih takdo pulak. amboi-amboi. awak ni dah le pemalas kan buat kerja banyak kali.. penat wey wey wey..

tadi sebelum keluar upload gambar banyak giler untuk entry day 3 kat Istanbul, dah balik semua dah siap then save. ingat malam ni nak le karang kan buat ingatan katanya.. sekali takde! memang segala yang save tak wujud lah. apa kena lah. sejak unavailable itu hari, ada je tak kena. eeeiii tak puas hati lol.

lepas tu kan, entry day 2 kat Istanbul tu ada la kawan-kawan komen, dah approve pun, sekali takde, 0 komen katanya. sory ye kawan-kawan yang komen tu, bukan i delete tau. blogger ni deletekan, i tak bersalah tauuuu... tak berniat pun nak delete komen terbaikk korang semua tu, yang terburokk jek i delete terus masok longkang, biar komen tu busuk sama dengan busuknya dengan hati orang yang komen tu agagagagagga...

ni ni nak tulis tentang day 3 ni kat Istanbul, sekali terbebel pulak yer.. tak ape la ye..

Day 3 @ Istanbul
jom jalan-jalan














































dah dah, kali ni malas tulis dah, letak gambo je ekk ekk...