klik :: klik

klik :: klik

Sunday, July 19, 2009

untuk tatapan keluarga di Malaysia..







tempat : rumah @ Abdoun
photographer : hubby

Friday, July 17, 2009

apakah?

minggu ini kandungan saya dah masuk 35weeks.. wahhh.. sekejap betol masa berlalu begitu sahaja bagai angin. huh tetiba nak jiwang...

sepatutnya... minggu depan saya dan keluarga serta semua rakyat jelata Malaysia di Jordan melancong ke Lebanon & Syria.. tapi malangnya harapanku berkecai bak kaca berderai.. apakan daya.. saya kena ikut cakap Doktor Nael Abaza.. jangan ambil risiko ok! 1st baby... jadi tak dapatlah saya menghirup udara segar pantai nan indah di Lebanon sana.. saya perlukan udara segar itu! hahaha... saya dah bayangkannya dan mimpikannya.. bersiar-siar di pesisir pantai yang pasirnya putih dan indah... bukankah seorang ibu mengandung memerlukan ketenangan dan kedamaian sebelum melahirkan bayinya...??(ececeh..menambah cerita ler pulak...) hahaha..

alhamdulillah setakat ni, saya tiada sebarang masalah kesihatan dan alhamdulillah juga saya masih boleh bergerak/memasak/mengemas/membasuh dan melakukan segala kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang pembantu rumah dengan jayanya... opss! pembetulan! saya bukan pembantu rumah, tapi seorang isteri solehah... hahahha..

cerita tentang baby pulak... now, berat baby dah 2.1kg.. kedudukan semua ok.. tapi napa terasa berat ye perut ni? berat lemak tepu kot. mummynye banyak sangat makan.. dalam masa 2 minggu berat saya boleh naik 5kg.. hm.. berselera betul ini mummy.. berat saya sudah cecah 63kg okey buat pengetahuan puan-puan & tuan-tuan yang dirahmati sekalian. sama sekali keadaan yang amat merunsingkan/membimbangkan/merisaukan.. adakah berat saya akan kembali ideal ke 45kg?

start 23 july dah boleh countdown kata Doktor Nael Abaza lagi.. ya! padahal tarikh itulah sepatutnya saya ke Lebanon menyaksikan pemandangan pantai yang indah, terapi stress dengan menghabiskan duit suami bershopping, menikmati teh panas sambil menyaksikan belle dancing! oppsss! tak habis lagi berimaginasi kepada benda yang takkan pasti! sudahlah...

oklah dah melalut nampaknya..





apakah kena mengena gambar ini dengan coretan rasa hati di atas?

get ready...

ya! saya sudah sediakan barang-barang baby dalam beg dan juga barang-barang saya menyibuk dalam lagi 1 beg, handbeg, beg toiletries, beg bagasiku.... hahaha berapa banyak beg daaaa...

Tuesday, July 7, 2009

farewell lunch

hari ni 6 julai kat rumah ada buat kenduri doa selamat bagi meraikan ibu siti yang akan berangkat pulang ke Jakarta.. jemputannya para ladies Malaysia & juga Indonesia. mens datang makan lepas balik kerja.. hehehe.. entah tak tahu apa nak tulis, enjoy the lunch... tada..~


farewell plaque to ibu siti nursyamsiah...


datin jamilah, ibu sussy, madam juwaidah


ketawa girang sekali... ibu siti dan ibu ratna..


madam norhana, ibu ria, madam jaja, madam jam


ibu siti menikmati juadah..


datin jamilah & ibu sussy mengambil juadah..


ladies from malaysia & indonesia


makan sampai kenyang..


tok bersama datin & ibu sussy..




makan laksa bersama-sama...



sesi bergambar..








menu hari ini :-
nasi tomato
dalca daging
ayam masak merah
jelatah
papdom
acar
sampingan :-
laksa

desert :-
serawa labu
rojak
kek lapis dari datin
kek gula hangus dari jaja
kek strawberry coklat dari ibu siti
samosa dari ibu sussy
kuih kasturi tok
rojak buah
agar-agar merah
buah-buahan


kids..


thanks siti untuk kek strawberry coklat..