klik :: klik

klik :: klik

Thursday, July 24, 2014

Salam Aidilfitti

Salam semua.. Mak jemah dah balik raya ni.. Di kala dan tika ini kat juru, penang.. Sikit lagi nak sampai kedah darul aman...

Di kesempatan ni mak jemah nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin kalau ada tersalah tulis, korang tersalah tafsir dalam penulisan mak jemah.. Maaf ye semua pembaca belog. Ada ke yang baca ni? Kikikiki... Hati-hati balik kampung beraya ye semua... 

Thursday, July 10, 2014

Dua tahun yang indah diselubungi duka..

Esok, ya esoklah! Genap dua tahun dah berkhidmat sebagai penjawat awam di SPRM. Kejap sangat eh masa, rasa macam masih blurr-blurr masuk keja lepas 4 tahun cuti tanpa berduit. Rasa macam baru lagi berkenalan dengan adik-adik manis & kakak-kakak chantik di sini. Rasa macam baru lagi belajar menaip semula, walaupun ku sedar dah tak boleh selaju dulu... Oh dua tahun! 

Baru esok nak dua tahun, harini perlu berduka! Apakah?? Makjemah is feeling down hokey! Ai is tak boleh nak fokus harini... I'm happy for him, happy sebab dia dapat naik pangkat, tapi yang tak happynya dia kena tukaq! 

Macammana nanti kalau boss baru bengis macam singa? Takut haih makjemah nak datang kerja lagik..

Macammana nieeeeee? 

Tuesday, July 8, 2014

KTAR dan abang zen




kecik besar. kecik besar je ai tengok abang zen ni ha... ada ke patut buat indah macamtu? *ai is emo* eh makjemah cakap tentang KTAR ni.. kerana terpaksa aku relakan.. uolls semua layan ke idak?? makjemah macam biasa la, dari tanak layan, melayan dan terus melekat la.. bukak posa pun jamah kurma, minum air sikit, kuih kadang-kadang, lepastu celapak naik atas melangut sampai la habis cerita. hakhakhak. tahu ke idak celapak tu apa?? bukak kamus utagha na...

makjemah suka sangat satu lagu dalam KTAR ni, lagu kokping. sedap je di dengar di telinga makjemah ni ha.. lalu pakai encik google cari lirik.. nice liriknya.. lahu-lagu kokping memang tak mengecewakan..



Lagu 'Tahu' nyanyian Fynn Jamal & Tri Hadzir
Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haruss
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Kuih Udang a.k.a Cucuq Udang


Kuih Udang & Kuah Kacang

Semalam, ni menu semalam. Kuih Udang. Tetiba pulak suami ai request. Balik rumah sampai pukul 6 terus check in dapor sambil sinsing lengan. Lengan baju kelawar tanpa mandi. Terus sauk. Haha..

Lauk pulak masak kari udang. Kari udang, kuih udang, ha elokkkk... Eh, buntu lah tatau sudah mau masak apa. 

Jom mak jemah nak kongsi resepi kuih udang mak jemah.. hehehe..

Kuih Udang

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
Serbuk kunyit 
1 sudu kecik yis mauripan (cara bancuh yis adalah dengan air suam campur sikit gula.. lepas gula dah larut, masuk kan yis.. dah berbuih biarkan kejap...)
1 biji bawang besar
Taugeh
Daun bawang/daun kucai
10 ekor udang (dibuang kulit dan kepala)
Garam
Minyak masak untuk goreng

Cara:-
1. Bancuhan yis di tuang ke dalam tepung gandum, masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau sebati lepastu biarkan kejap, jangan masukkan garam dulu sebab nanti terbantut yis nak hidup.
2. Biarkan sampai adunan naik 2 kali ganda. Masukkan taugeh, daun kucai/daun bawang dan bawang besar.
3. Masukkan udang dan garam, kacau rata-rata.
4. Panaskan minyak. Minyak mesti kena banyak sampai tenggelam cucur. Pastikan minyak panas baru masukkan bancuhan cucur udang.
5. Secawan tepung ni buat semalam dapat la dapat 12 ketul besar cucur udang.

Sedia untuk dinikmati bersama kuah kacang..



Friday, July 4, 2014

Resepi Nasi Arab (Ruz Al-Maglubah -Terbalik)


*nasi arab - mandy*

Harini makjemah nak cerita pasal nasik arab. Manatau ada yang teringin nak masak sebagai menu berbuka puasa harini ke kan.. haritu ramai yang tanya mana resepi, sila bagi. Haha. Okay la ni jugak dibagikan.

Nasik arab ni ada banyak jenis.. macam-macam pesyennya, tapi antara yang popular masa kembara kami ke Bumi Anbiya’,  Jordan dulu adalah Maqlubah, Kabsah dan Mandy.

Kenapa diberi nama al-Maqlubah? Jawapannya adalah nasi tu bila dah masak nanti akan di Maqlubkan (diterbalikkan/ditelangkupkan) ke dalam dulang, sebab tulah bagi nama al-Maqlubah. Tu je poooon! Haha..

Tanpa membuang masa mari sini nak senaraikan bahan-bahannya:-

Bahan-bahan

Beras Basmathi dibasuh, direndam sekejap dan ditoskan.
Ayam dipotong 4 (ikut selesa)
Minyak Zaitun/Margerin/Buttercup/Minyak masak biasa
1 labu bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga, lada hitam, lada putih, kunyit, halia dikisar halus. Ai is pakai rempah dah siap *DASAR*
Terung, karet (kampong x ejaan mak??), bunga kobis, kentang - semua bahan ini digoreng sekejap.
Tomato & Cili Hijau *kalau suka*
Ayam direbus. Air rebusan jangan buang, ambik buat masak nasik
Kiub ayam
Garam


makjemah pakai konsep campak mencampak je dalam memasak. bukan campak mengamuk tanak masak, campak sebab tak reti eh nak agak2.. huhuu...


Caranya:
1.    Panaskan minyak atau apa-apa la kan, macam ai suka pakai buttercup, wangi… then tumis kan bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Biar kejap sampai kekuningan *ewahhh macam chef*

2.     Lepastu masukkan rempah blend, ai mengelat beli yang siap dah ori made in Jordan, ada la sikit lagi, sape nak angkat tangan? Eh tak nampak? Takde yang angkat kan? Nak bgtau laa ye… masukkan sesudu dua je ye, banyak2 taksedap nanti… Letak garam dan kiub sekali ye…

3.     Lepas dah mendidih, letak ayam yang direbus tadi..

4.     Then, masukkan sayur-sayur yang dah potong… tutup kejap periuk, eh ai is pakai periuk nasik a.k.a rice cooker tu jek…


5.     Beras tadi dah siap ditos di masukkan kat dalam rice cooker. Masukkan air rebusan ayam tadi. Tutup periuk, dalam tak sampai 20 minit boleh dah makannye… lepas tu terbalikkan dalam mangkuk, tersusun la nanti nasik, sayur n ayam kat atas sekali. Gambar sekadar hiasan, nasik mandy beberapa hari sebelum Ramadhan hari tu...



*mandy kambeng*


*mandy ayam*


cara masak nasik2 arab ni semua lebih kurang sama je, mandy biasanya takda sayuran, yang ada tu kabsah & maglubah.. yang membezakan rasa rempah je la.. :)

Wednesday, July 2, 2014

Black & RJ - Si Putih Si Merah [OFFICIAL VIDEO]

Semua gadis, dengarkanlah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Ku bukannya pertama ku bukannya pelakon
Yang boleh membawa watak setiap orang lain
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Ku persembahkan semua yang tersirat di hati
Bila dikumpulkan semua menjadi bentuk hati
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah isteri kepada diriku
Jadilah kekasihku selama-lama
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Bila sudah bersama saat aku mulakan
Ku curah kasih seluruh jiwaku untukmu
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Payungmu dari hujan ku jaga tiap detik
Ku korbankan jiwa ragaku kepadanya
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Yang tahu warna putih dan warna merah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah cintamu dan cintaku satu
Jadilah isteri kepada diriku
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Selagi nyawa ini dikandung badan satu
Ku cinta padamu
Selagi itu aku takkan henti mencintaimu
Mengahwinimu

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah cintaku dan cintamu satu
Jadilah isteri kepada diriku
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Jadilah isteri kepada diriku
Jadilah kekasihku selama-lama
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Ya sayang
Kita akan terus bersama

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Dialah kekasihku selama-lama
Dialah kekasihku selama-lama
Dialah kekasihku selama-lamanya