klik :: klik

klik :: klik

Tuesday, May 10, 2011

dugaan dan cabaran silih berganti

Journey to Istanbul
Day 1

awal giler gerak ke airport, takut kalau-kalau ada sangkut kat mana-mana, jadi ada masa nak setelkan,bukan? sampai separuh jalan memang seperti yang ku jangka terjadiiii, cewah macam lagu la pulak.. lagu ape ek.. hubby tanya ada bawak ID? mana la nak bawak kan, dalam kepala awak ni nak gi bercuti je, mana nak ingat dah semua-semua tu, sememangnya takde bawak purse pun, dompet awak kosong katakan... mana ada money.. ekekeke...

eh boleh patah balik??? jalan tengah jem giler masa tu, kalau patah balik nak harung jem semula memang melepas lah jawabnya. ok, kawan hubby cakap okay takde ID pun, no problem. ok kita tengok camne nanti. lepas satu hal.

oh baru ingat, sebelum gerak tu hubby buat kelakar, dah siap pakai tali pinggang keledar ni, cewah skemanya tulis penuh, di ulangi tali pinggang keledar, kakakaka.. dia terperasan yang dia berselipar jepun! heloo, nak p Istanbul ni bang oiii pakai selipar je?? apeke?? mujur perasan, kalau tak perasan tadikk???

dah sampai airport, check in barang semua, sekali dengan stroller raffel, senang nanti nak jalan-jalan redah Istanbul tak payah ummi nak dukung je kan. dengan doa dan harapan stroller tu selamat tak patah, kemek atau apa-apa terjadi macam stroller rania masa g Saudi dulu. dan yang penting tak hilang! setel check in, terus ke imigresen, pegawai situ suh g beli tax, ok fine kena beli tax setiap sorang 20JD/RM100, jadi 4 orang adalah RM400, awok oooi menda tak jangka ni, tetiba je kena bayar kan. ok fine lagik.. dah itu syaratnya kot.. awak ikut aje..

oh no! tetiba hubby cakap, alamak raffel belum buat visa ke apakebenda tah kan. sebabnya passport baru siap. jam tu baru nak ingat?? memang terlupa sungguh katanya yang kena buat benda tu. selamba je, beli tiket semua, hepi-hepi nak p vacation, sekali terkedu kejap depan kaunter imegresen tu. dalam hati redha je kalau kena balik & burn semua tiket flight & hotel semua-semua tu lah. redha ok! tengok pegawai kat kaunter kalut-kalut cari orang tu orang ni, masalah besar ke ni.. kena balik, balik je la b.... sekali pegawai besar punya turun kot, katanya ok lah sebab awak dari kedutaan kan.. so lepas... perhhh lega, pegawai tu ajak hubby g ambik balik duit yang kena bayor tadi tu, dah dari kedutaan mana ada kena bayor kan. hampeh punya mamat kaunter tu dah bagitau dari kedutaan pun dia kata kena, nampak sangat nak cekau duit kitaorang.. ok cool, awak dah cool balik ni.. lega sangat!

lambat pulak menunggu flightnya, delay okayyyy! kul 12 tgh malam ha baru sampai Istanbul. sepatutnya pukul 10. muka pisat-pisat turun flight. ok, ambik beg sebijik, tunggu stroller tak keluar-keluar jugak. ahhh, buat dahhh, hati dah tak sedap ni. okey, abi g carik. sekejap tu nampak abi sorong. ok fine, diaorang bawak lambat sikit. tak campur dengan beg. keadaan elok takde cacat celanya. Alhamdulillah keraguan tentang kehilangan masa check in tak terjadi. ok, tolak rania, adik ummi dukung. tolak ni menuju ke bas. oh rindunya ummi kat stroller tu!!! tetiba rasa nak nangis!!!!! abi lipat simpan elok-elok dalam perut bas. letak atas beg kitaorang. awak ni dah letih naik atas bas, rehatkan badan kejap sementara tunggu yang lain-lain naik. mana ingat nak jaga barang kat bawah dalam perut bas tu kan. mana pulak awak terpikir ada orang sanggup nak curik stroller. ada ke? penah dengar ke? mujur awak ingat nak bawak naik kamera kesayangan ke atas. kalo tidak, hancusss jugak la dslr abi tu yer.. masa kat atas, ummi teringat jugak, dalam beg susu ada duit agak banyak dengan iPhone ummi. insyaAllah selamat kot dalam hati. ok bas jalan, bawak dari hotel ke hotel, sampailah ke hotel kami menginap. nak bawak turun barang sekali tinggal beg je. stroller dah takdekkkk awokkk!!!

cakap pada agen camne boleh hilang, dia cakap kita yang tertinggal kat airport. apa kebendanya, awok tak nampak ke saya tolak anak tadi tu weyyy???? katanya tunggu esok pagi camne. nak tunggu nak cekau mana sah-sah takde orang lain bawak stroller, kami je pun yang bawak budak.. dalam hati awak mesti takkan buat apa-apa, takkan la ada yang nak kejar bas hantar kan, kita dah jauh ni, airport nu hampir sejam perjalanan. dan drebar bas pun mesti tak pegi balik kan? sapa nak bayar harga minyak kan? malas nak serabut cakap banyak dah pukul 2 dah ni awak dah letih dah ni.... naik bilik tido ada baiknya. banyak betul dugaan tapi Alhamdulillah dah sampai tu pun sangat bersyukur... :)

berlalunya hari pertama dengan tido ummi yang sangat tak lena malam tu. memikirkan stroller yang hilang..

nanti sambung lagi yer diari, mata dah mengantok pulak minta dipejamkan dah ni.. :)

3 comments:

MiSz eiN said...

perghhh
stoller besar gabak tue pn dorg nk curi
dasat ah ek

♥♥ KhamS ♥♥ said...

i pon risau gak kalo bawak stroller, takot hilang.

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... teruskan menulis.. menarik.. singgah la ke blog saya ;)