klik :: klik

klik :: klik

Monday, July 18, 2011

nisa surirumah menonton lisa surihani

tadi petang ku layan cerita SEKALI LAGI.. lepas je mama ju bagitau tentang cerita ni, terus cari kat filem online kot kot ada yang baik hati downloadkan... memang ada.. Alhamdulillah.. dapat la tengok dari kejauhan. jika kat Mesia, kalo terlepas wayang, DVD ada, Astro pun ada.. dah cepat tayang kan sekarang nih... semuanya senang belaka. tapi di sini, di Bumi Anbiya', NAN ADO!

okey okey lah ceritanya. tengok sebab lisa je.. hehehe...


dan ini lah SINOPSIS nye yang telah dicopy ngehngehngeh...


Sekali Lagi” menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.
Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.
Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.
Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman. Segalanya akan dirungkaikan dalam ”Sekali Lagi…” yang telah pun muncul di pawagam pada 30 Jun 2011..



*tengah download cerita 3, 2, 1 cinta pulak untuk isi masa boring esok...

3 comments:

-Sara- said...

nisa bagi link :D

sara cr kt utube xde lg..

Ummi Rania Raffel said...

teamsalkom.blogspot.com

malaymoviesfull.blogspot.com

sara bley carik kat ctu.. macam2 citer ada...

jue said...

best kan ummi cheritanya