klik :: klik

klik :: klik

Friday, April 22, 2011

sehari-hari seorang suri

phewww! hari yang memenatkan. baru dapat rehat kejap. jam kat lappie dah menunjukkan pukol 4 petang! dan hubbyku belum pulang dari koje. baru dapat duduk betul-betul depan lappie ni. anak-anak baru tido. raffel 2, 3 hari ni amat susah betol tido. tido kejap-kejap je, lepas tu nak beriba, berpeluk bagai. perangai TURUN TEMURUN agaknya dua beradik ni. sama macam perangai kakak nia masa baby dulu. bila riba, tido! asal letak, bangun! kalau tido malam pulak, kongsi bantal dengan ummi, kena peluk bagai, ummi pusing je merengek. hadoi laaaaaaa... nyenyaknya tido sudah tiada dalam kamus tidurku...

ok, lopas yo den kena tampo minggu lopeh, den dah serik dah, eh tiba-tiba*, den review ek kisah den harini. lol!

pagi-pagi tadi terbangun tido je hubby dah siap nak gi keje, apa kes isteri tak mithali lansung, tak bangun siapkan sarapan! cisss! tu kira baik terbangun, ada hari tak bangun-bangun... kekekeke.. kes letih jaga raffel meragam la ni, bukan tak nak bangunkan diri ni ha..

ater, dah suntuk masa hubby nak gi koje, masakkan roti telur ajela ye. kalau nak kurus, kita jangan makan nasik, nanti gemuk... habis, macam mana dengan gajah tu, bertahun-tahun tak makan nasik, gemok jugakk.. kakakakakaka tiba-tiba* lagik! penangan segala maharaja la ni, terbawak-bawak sampai ke mimpi dan percakapan seharian.. ish ish.. besar pengaruhnya..


dah siap buat sarapan kat bawah, letak dalam dulang, lepas tu feeling macam waiter angkat bawak naik atas. mithali la ni, siap hantor depan suami lagik suh sarapan! baru nak suap roti masuk mulut ni ha, raffel dah bangun. terus kenyang! masuk bilik tengok anak dulu. sampai la hubby dah siap sarapan, raffel masih lagi uwa uwa. okey takpe makan nanti boleh makan, anak ni sapa nak jaga kan?? rania pun dah mula jadik drama queen nak ikut abinye pun gi kejenye pun. hadoiii...

dodoi punya dodoi adik, bagi susu tak nak, ting ting pun tak nak, dah kenapa la pulak. rasanya sakit mulut lah raffel ni. susu minum sikit je, lepas tu tak nak dah. kejap-kejap merengek. ke sebab nak masuk 2 bulan! orang tua-tua selalu cakap baby selalunya meragam bila nak alih bulan, ye ke?? ye la kottt kan.. sekali terasa laparnye lahai, dah pukol 12 rupanya, g la nak sarapan, rotiku dah keras kejong! patah selera... buat air teh panas-panas cicah biskut* teh cicah biskut lagikkk, adoii.. kata tak nak buncit kan!!?


masuk raffel dalam buai pulak lah, nak mandikan nia! mujur dia baik je dalam buai tengok mainan gantung-gantung tu. si nia pulak menangis tak tentu pasal nak kena mandi. berperang hari-hari nak mandikan dia. rasanya budak lain kalo nampak air, kemain lagi kan.. nia ni adoi laaaa punya la susah! lepas dah siapkan dia, bagi susu sebotol diam la kejap. dah kenyang cakap antek antek.. pakai baju cantek la kononnye.. nak pakai baju kena puji dulu bajunya cantek, baru la laju nak tukarkan pampers.. macam-macam ini anak dara.

berapa lama lagi nak tulis ni?? dah takde idea dah ni. takkan nak citer sebijik-sebijik kan. huh! dah pukol 5 nye pun, abinye tak balik-balik jugaknye pun ni. oooo terlupanye pon pukul 2 tadi abi dah balik minum & makannye pun! makan roti lagikkk.. kakakaka, ater, celah mana ummi nak gi masak, dah doplohpat jam dengan anak-anak.. kekeke.. kena abi ada kat rumah, barulah boleh masak. dapur kat bawah, susah nak angkut dua-dua sekali, karang tinggal menangis tak dengar pulak. harini rasa teringin nak makan sup daging ala-ala siam la pulak kan!

eh eh abi dah sign out YM lah, maknanya abi dah on the way balik rumah tu... ala la la sukanyeeee*(dengan gaya laki si siti sarah) tah apa-apa ummi ni kan!!

okeylah nampaknya kena stoplah kisah seorang suri di sini..
sampai bertemu lagi nanti, bila ada new entry...

terimalahhhhh korang semua dengan hati yang terbuka dan dengan bangganya di pamerkan gambar anak daraku yang comel..
 layan kartun jap
 lapo plak, mam chips




joget baby, baby, baby ala-ala jozan
dush dush kepada yang tak suka!
kau diam peah, kau diam peahhhhh* (ala-ala sepah menyanyi, kakakaka)








10 comments:

MiSz eiN said...

lahai comel betul si akak joget!
kes terpengaruh ngan maharaja lawak la neiy eh
ngan umi² sekalinye pun!
ekekeke

-Sara- said...

ahaha, mmg kuat tol pengaruh maharaja lawak kat nisa ni..setiap celah2 ayat ade lawak jozanla, sepah laa..hehe :P

dakcik said...

nie mseti tgk maharaja lawak kan? tp siyes mmg lawak habes..hahahaha

begitula kehidupan serog suri..ramai ckp duk umah best..tp duk umah pun penat jgk..keje xpenah nk abeh..hihi

waniepaez said...

penat tp berbaloi kn nisa:)dpt tgk ank2 mmbesar n kte y jaga..kalao boleh pn nk mcnie..
beshnyer:)

alyyani said...

ya Allah nisa, mmg selit2 maharajalawak betul ni. hahahah.. sengih2 je akak baca. mcm tu la penangan anak2 yg keci. mmg macam2 and penat. nisa lagi terror la sebab fulltime housewife. kalau alya, mmg meletup je la keje. huhu..

Rania Raffel said...

ein; yang minggu muzikal betul2 terlekat dalam kepala ni, yang lain2 biasa je.. hehehe.. kakak joget baby3 lagi justin bibir tuh.. hehehe

Rania Raffel said...

sara; kikikiki, layannnnnn...

Rania Raffel said...

ain; memang penat tau duk rumah, ada je keje nak buat. itu tak details cerita, kalo cerita details, mau semua xmau jadik suri rumah hehehe

Rania Raffel said...

wani; memang best anak membesar depanmata, tapi badan tersiksa jua.. kerja xpenah habis, semuanya kita kena buat, dari amak2, makan minum, kemas kemas rumah. pendek kata semua kita,penat2...

Rania Raffel said...

alya; kadang2 nisa pun meletup jugak, mana tahan penat, lagi2 nia dah banyak akal.. hehehe...