klik :: klik

klik :: klik

Monday, April 25, 2011

Imaad Raffel, 2 months young!

Salam uollls,

nisa surirumah, bukan lisa surihani nak mula dah  bercerita tentang hujung minggu beliau.

macammana dengan hujung minggu uols semua?? ada baikkkkk??? yang penting kita enjoyyyyyyy (dengan gaya pak yui kumpulan JAMBU ye, uols)

penat jugaklah kalau hujung minggu kan? jalan-jalan ukur mall.. tapi yang best, tak payah masak kannnn kannn?? heheheeee... jumaat je i tak masak, makan kat Chinese Flavour, Mecca Mall. sabtu masak jugak sebabnya tak keluar, affel lepas cocok macam merengek. singgah beli sayor kat Safeway kejap then balik. kesian affel kena cocok 2 months, 6 vaksin in 1 shot! menangis kejap aje, boy la katakan.. lepas tu ambikkan dia rotavirus melalui mulut.. boleh tahan harganya, JD110. korang kalilah dengan RM5. mahai mahai.. tiap2 bulan macam tu kopak abi, mujur ditanggung sepenuhnya oleh gomen mesia.. kikiki..

dah masuk 2 bulan ni, affel dah pandai senyum senyum comel gitu, sejuk hati ummi, sampai tak ingat dah kepenatan sehari-harian menjaga anak-anak.  kalau panggil nama affel pun dah pandai carik-carik.. kalo bab susu, tak boleh lambat sikitttt, volume MAX terus! kelam kabut ummi dibuatnya kadang tersalah masukkan susu kak nia! Alhamdulillah, affel dah tak berjaga malam, jaga minum susu je, kalau dalam pantang dulu sampai ke subuh berjaga sambil nangis-nangis, syukur dah takde habit tu, kalau tak, ummi serabut jugaklah!

di usia 2 bulan;
berat saya; 5.3kg (last week, 5.25kg, naik sikit je lol)
tinggi; 58cm (saya tinggi macam abi saya)


muka sedih je sebab kena cocok, letih asik poo poo penangan rotavirus, kasik ubat demam lepas tu tido jeee.. abi ngan nia bising tengok game LIV pun tak tak hirau okey!
mata saya bolat kan???
senyum-senyum manja
senyum pengubat duka dan lara.. ummi love u raffel!!

pendek je cerita minggu ni, nak ikutkan banyak ceritanya, tapi tiba-tiba macam lupa *tiba-tiba okey.. maklum la urat banyak dah putus, anak dah 2... layan lisa surihani jap kat TV, citer semerah cinta stilleto.. oh! minat giler dengan dia ni! maklum la nama dekat-dekat dia lisa surihani, saya nisa surirumah, kan ke dekat tuhhh!!! kahkahkah..

No comments: