klik :: klik

klik :: klik

Monday, June 9, 2014

Keruing Villa @ Putrajaya Part II

Ok awal arini ai berbelog kan. selalu asyik takde masa je kan. sekarang banyak pulak masa, mana ko curik masa ni jemah?? hahaha.... boss ai.... selalu pulak takde lately, banyak kes pulak sekarang ni asyik pegi court je kan, dari melangut takde apa nak buat, baiklah mencoretkan sikit sebanyak kejadian dalam kehidupan, supaya tak lupa dek ingatan. eh? *pap!! pang sedassss* bajet ada orang nak tau kisah kehidupan ko kan? Kan? Menulis bukan untuk menunjuk, tapi sekadar suka-suka, nanti nak throwback senang.. Kan?

Entry ni lama dah di draft, baru pagi ni ada masa nak touch-up sikit. Sikit la... Tu pasal pepagi dah boleh publish. Hahaha... 

Ai nak story tentang rumah ni.. saje je bagi yang berminat nak beli buat aset kan.. Taktau masih available ke tak, cuba la contact developer. 


Location: Pinggiran Putrajaya, tak tau sangat nama perkampungan atas bukit nih.. penunjuk arah menuliskan Putra Hillview. Nama perumahan ni: Keruing Villa @ Putrajaya katanye... tidaklah dalam Putrajaya pun. Belah-belah sungai merab sana.. Tapi ai like the view yang kena lalu jalan kampung-kampung, ala-ala naik turun bukit beralun-alun gitew! *poyo*


Dari depan : Tingkat atas


Dari depan : Tingkat bawah


Dari dalam rumah : Garaj parking kereta


Dari tepi : cat warna kelabu gitew


Dari tepi : bagi rumah corner lot, end lot, ada tanah & pagar macamni. Rumah contoh, ada tanam rumput karpet, rumah tak contoh tak tau leeerr.. Untung rumah contoh!


Dari tepi : sliding door bucu kekdahnya, berbentuk L shape *punya taktau apa istilah*


Dari belakang : ni je lah harapan untuk buat wet kitchen, nak masak membasuh segala.. Huwaaaaa kecik gile hokay, inilah dinamakan sekangkang kera. Okai la, dari takde tanah.


Dari tingkat atas : Masterbedroom, ada sliding door 4 slide, senang nak kuak bagi angin masuk dan cantik je nak seret langsuir ke tepi, eh? Langsir!!!  Ada balkoni jugak buat lepak-lepak petang-petang, sambil minum kopi dan update status "indahnya pemandangan dari balkoni makjemah", "tenang hati makjemah harini, setenang dan sedamai alam" atau "sedapnya angin sepoi-sepoi bahasa" *pang sedas!!!*


Dari tingkat atas : Masterbedroom : Bilik ayor


Dari tingkt atas : Masterbedroom, ruang terhad, macammana ni katil ai is gedabak!


Dari tingkat atas : Masterbedroom dari pandangan balkoni


Kemain lagi korang kannn... Posing sini bagai...


Bertabik pulak die!


Dari tingkat atas: Bathroom bilik ke3 ni, bilik Rania & Raffel tak ambik pulak.


Dari tingkat atas : Bedroom ke3, cadang nak bagi bibik duduk sini, sebab kalau bagi bilik bawah nanti sepah pulak bila guest datang, ai tak percaya dia boleh kemas dan rapi bilik dia every day. Hasil dari pengamatan mataku selama 3 tahun! 


Ni dekat ruang family atas, kecik je, tak ambik gambar penuh pulak.


Dari tingkat bawah : Ruang tamu berbentuk L shape jua. Maklum la type sempit memang begini.


Dari tingkat bawah : pintu masuk


Dari tingkat bawah : ada sliding door yang 4 slide jua. Ai is like. LOL.


Dari tingkat bawah : pandangan menghala ke dapur, ada sliding door yang bila buka, akan ke tepi semunya, ai don't like.. Huhu...


Dari tingkat bawah : pandangan dari dapur


Dari tingkat bawah : tangga menuju atas


Budak over excited memang begini


Peace berganda


Diaorang nampak seekor binatang mati kat hujung tu, punya la riuhhh wey!


Peace je la modal


Dah jom baliks!



Suke sangat budak duaorang ni, ajak pindah cepat, ni rumah orang nak oiiii...

Ok bai.












3 comments:

Nanie Khairani said...

Hello bakal jiran :)

Ayuraza said...

bape sen ni. haha

arn said...

baru visit dua hari lepas. completed!