klik :: klik

klik :: klik

Friday, July 4, 2014

Resepi Nasi Arab (Ruz Al-Maglubah -Terbalik)


*nasi arab - mandy*

Harini makjemah nak cerita pasal nasik arab. Manatau ada yang teringin nak masak sebagai menu berbuka puasa harini ke kan.. haritu ramai yang tanya mana resepi, sila bagi. Haha. Okay la ni jugak dibagikan.

Nasik arab ni ada banyak jenis.. macam-macam pesyennya, tapi antara yang popular masa kembara kami ke Bumi Anbiya’,  Jordan dulu adalah Maqlubah, Kabsah dan Mandy.

Kenapa diberi nama al-Maqlubah? Jawapannya adalah nasi tu bila dah masak nanti akan di Maqlubkan (diterbalikkan/ditelangkupkan) ke dalam dulang, sebab tulah bagi nama al-Maqlubah. Tu je poooon! Haha..

Tanpa membuang masa mari sini nak senaraikan bahan-bahannya:-

Bahan-bahan

Beras Basmathi dibasuh, direndam sekejap dan ditoskan.
Ayam dipotong 4 (ikut selesa)
Minyak Zaitun/Margerin/Buttercup/Minyak masak biasa
1 labu bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga, lada hitam, lada putih, kunyit, halia dikisar halus. Ai is pakai rempah dah siap *DASAR*
Terung, karet (kampong x ejaan mak??), bunga kobis, kentang - semua bahan ini digoreng sekejap.
Tomato & Cili Hijau *kalau suka*
Ayam direbus. Air rebusan jangan buang, ambik buat masak nasik
Kiub ayam
Garam


makjemah pakai konsep campak mencampak je dalam memasak. bukan campak mengamuk tanak masak, campak sebab tak reti eh nak agak2.. huhuu...


Caranya:
1.    Panaskan minyak atau apa-apa la kan, macam ai suka pakai buttercup, wangi… then tumis kan bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Biar kejap sampai kekuningan *ewahhh macam chef*

2.     Lepastu masukkan rempah blend, ai mengelat beli yang siap dah ori made in Jordan, ada la sikit lagi, sape nak angkat tangan? Eh tak nampak? Takde yang angkat kan? Nak bgtau laa ye… masukkan sesudu dua je ye, banyak2 taksedap nanti… Letak garam dan kiub sekali ye…

3.     Lepas dah mendidih, letak ayam yang direbus tadi..

4.     Then, masukkan sayur-sayur yang dah potong… tutup kejap periuk, eh ai is pakai periuk nasik a.k.a rice cooker tu jek…


5.     Beras tadi dah siap ditos di masukkan kat dalam rice cooker. Masukkan air rebusan ayam tadi. Tutup periuk, dalam tak sampai 20 minit boleh dah makannye… lepas tu terbalikkan dalam mangkuk, tersusun la nanti nasik, sayur n ayam kat atas sekali. Gambar sekadar hiasan, nasik mandy beberapa hari sebelum Ramadhan hari tu...



*mandy kambeng*


*mandy ayam*


cara masak nasik2 arab ni semua lebih kurang sama je, mandy biasanya takda sayuran, yang ada tu kabsah & maglubah.. yang membezakan rasa rempah je la.. :)

4 comments:

dakcik said...

Tgk resepi mcm senang..tapi nak membuatnyaa...adoii!

bak sikittt...merembesss ayaq liuq! hahaha

Nor Hayati Ramli said...

wah saya suka makan nasi arab..paling sedap nasi arab kat kl di jalan ampang wadi hadramawt terbaik!

Nak Kurus Cara Sihat

Nor Hayati Ramli said...

wah saya suka makan nasi arab..paling sedap nasi arab kat kl di jalan ampang wadi hadramawt terbaik!

Nak Kurus Cara Sihat

Irfan Nayla said...

salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)