klik :: klik

klik :: klik

Wednesday, October 5, 2011

lol* baru nak update tentang raya

dah lama sangat tak menulis. bila nak start balik tu macam-macamlah kan. takde idea salah satunya. macam dah kekok pulak nak menulis. adoiiii kalau tak tulis nanti takde pulak memori katanya... kahkahkah. memori lah sangat kan...

mula-mula nak citer tentang raya kitaorang la kan.. walau dah sebulan berlalu.. bukannya citer sangat pun, gambar je lebih selalunya, (kata korang di dalam hati.... ye tak?)

kali ini tiada salam perantau dan tiada tangis hiba tak dapat makan ketupat rendang di pagi syawal (padahal selalu boleh je masak sendiri..) syawal kali ini penuh makna selepas pengijrahan kami ke Bumi Anbiya'..

dah dah... tak reti dah wei nak tulis apa..











Monday, October 3, 2011

oh really miss blogging!!!!

dah 1 week balik ke bumi anbiya', tapi mood semuanya ke lautttt.. nak masak ke laut, nak menulis blog ke laut, nak kemas rumah (eh, kena kemas  rumah lagik ke??) semuanya ke laut lah... rindu dan macam-macam nak cerita di blog, tapi takde masa! ntah apa yang dibuat pun tak tau lah.. facebooking ajelah kejenya.. later-later lah update, mood belum mariiii... miss uolls, miss nak baca blog-blog uolls..

Friday, August 5, 2011

rindu weyh

rindunya nak update blog, tapi tak sempat sangat! hari-hari ada jer benda nak buat. lepas tu imaad raffel ni kannnn, manja lah sesangat, nak berdokong jer.. sapa ada petua taknak kasi imaad ni melekat jer kat umminya?? tido pun nak beriba, asal letak jer bangun.. lengoh dibuatnya! ni tengah tulis entry ni dia tengah ada kat riba ni tido siap berdengkor, kang bila letak terus mengeliat dan mata bulat.. adoilaaaaaa... 

macammana posa korang semua?? ada baik??

 ni lah dia si manja bucuk-bucuk.. geram!! nak gigit..

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Minta maaf ye i lambat wish kat uolls. Bizi sngt minggu ni,nak baca blog korang-korang pun tak sempat tau.

Macammana puasa hari pertama semalam? Okey tak? I okey jeeee... Puasa 16 jam erkkkk! Okaylah mata dah ngantok kul 12 dah ni, kang kul 3 bangun balik nak sahur.. Selamat bersahur yer semua... Jangan ponteng puasa tauuu :)

Monday, July 25, 2011

Kakak & Adik

 adik dengan COOL nye tengok tivi
 kakak macam biasa "peace" 5 jari
 adik beradik tengok tivi
kakak senyum nampak 2 batang gigi

* dah macam pantun lah pulak yer description gambo..

nia BERSIH okeyyyy...

dengan beg spongebob nye, dengan belon nye pun spongebob.. sabo jer lahhh!! dah gaya nak g perhimpunan bersih jer nampak kuningkuning!!

*ops! rumah bersepah.. hiihihi..

Wednesday, July 20, 2011

sentap bertempat, ewahhhh!

pakai cantik di kata "artis", tahu sikit hal perubatan di kata "dokter", gambar cantik di kata kalah "photographer", dah nak buat macammana .....???

tetiba je kan mak nak sentap kejap!

manusia memang selalu macam tu kan, tak pernah senang dan lenang dengan apa yang orang lain ada.
belajarlah bersyukur seadanya!

jangan nak dengki-dengki ni, perangai syaiton nirajjimmm!

Astagfirullahhala'azim..

Monday, July 18, 2011

nisa surirumah menonton lisa surihani

tadi petang ku layan cerita SEKALI LAGI.. lepas je mama ju bagitau tentang cerita ni, terus cari kat filem online kot kot ada yang baik hati downloadkan... memang ada.. Alhamdulillah.. dapat la tengok dari kejauhan. jika kat Mesia, kalo terlepas wayang, DVD ada, Astro pun ada.. dah cepat tayang kan sekarang nih... semuanya senang belaka. tapi di sini, di Bumi Anbiya', NAN ADO!

okey okey lah ceritanya. tengok sebab lisa je.. hehehe...


dan ini lah SINOPSIS nye yang telah dicopy ngehngehngeh...


Sekali Lagi” menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.
Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.
Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.
Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman. Segalanya akan dirungkaikan dalam ”Sekali Lagi…” yang telah pun muncul di pawagam pada 30 Jun 2011..



*tengah download cerita 3, 2, 1 cinta pulak untuk isi masa boring esok...

Friday, July 15, 2011

tikussss

banyak pulak terupdate malam ni. biasa la kan kalau dah terlebih rajin tu datang.. 

saja la kan nak update hal anak-anak... kisah rania se harihari. kejanya mengadap kartun je lah. tunggu la nia 2years nanti, ummi hantar g skool! siap la nia ko nangis ke ape, tetap ummi hantar jugak. nia ni macam penakut sikit dengan orang, tak tau lah pemalu sopan santun gitu ker kan.. kalau nak sopan santun sampai ke besar ummi okey jer.. tapinya yang geram ni kalo kat Mall, dia takmau jalan, nak berdukung aje.. bila lepas, ada yang tegur atau nak usik pipi dia mulalahhh kong kong kong.. nak dukung lah tu maksudnya.. huhu..

dah nak masuk 2years tak lama lagi, nak cakap pun tak pandai sangat lagi. agak kalau hantar skool ada kawankawan dia nak sikit kot bercakap kannn... 

alahai sebenarnya nak letak gambar nia dengan tikus, dah terpanjang pulak tulisnya.. oklah bye dah kul 12, nak tidoo.. heeee..



nia panggil mickey mouse tu, tikus.. ummi mahupun abi tak pernah ajar pun benda itu adalah tikus.. mana dia belajar tak tahu okeyyy! sabo je lah...

minah teh tarik









* ummi banyak tarik nafas dalam-dalam menahan kesabaran masa mengambil gambar ini. kang kalau di tegur, ini budak banyak kuat naik angin oooooo!