klik :: klik

klik :: klik

Monday, April 25, 2011

Imaad Raffel, 2 months young!

Salam uollls,

nisa surirumah, bukan lisa surihani nak mula dah  bercerita tentang hujung minggu beliau.

macammana dengan hujung minggu uols semua?? ada baikkkkk??? yang penting kita enjoyyyyyyy (dengan gaya pak yui kumpulan JAMBU ye, uols)

penat jugaklah kalau hujung minggu kan? jalan-jalan ukur mall.. tapi yang best, tak payah masak kannnn kannn?? heheheeee... jumaat je i tak masak, makan kat Chinese Flavour, Mecca Mall. sabtu masak jugak sebabnya tak keluar, affel lepas cocok macam merengek. singgah beli sayor kat Safeway kejap then balik. kesian affel kena cocok 2 months, 6 vaksin in 1 shot! menangis kejap aje, boy la katakan.. lepas tu ambikkan dia rotavirus melalui mulut.. boleh tahan harganya, JD110. korang kalilah dengan RM5. mahai mahai.. tiap2 bulan macam tu kopak abi, mujur ditanggung sepenuhnya oleh gomen mesia.. kikiki..

dah masuk 2 bulan ni, affel dah pandai senyum senyum comel gitu, sejuk hati ummi, sampai tak ingat dah kepenatan sehari-harian menjaga anak-anak.  kalau panggil nama affel pun dah pandai carik-carik.. kalo bab susu, tak boleh lambat sikitttt, volume MAX terus! kelam kabut ummi dibuatnya kadang tersalah masukkan susu kak nia! Alhamdulillah, affel dah tak berjaga malam, jaga minum susu je, kalau dalam pantang dulu sampai ke subuh berjaga sambil nangis-nangis, syukur dah takde habit tu, kalau tak, ummi serabut jugaklah!

di usia 2 bulan;
berat saya; 5.3kg (last week, 5.25kg, naik sikit je lol)
tinggi; 58cm (saya tinggi macam abi saya)


muka sedih je sebab kena cocok, letih asik poo poo penangan rotavirus, kasik ubat demam lepas tu tido jeee.. abi ngan nia bising tengok game LIV pun tak tak hirau okey!
mata saya bolat kan???
senyum-senyum manja
senyum pengubat duka dan lara.. ummi love u raffel!!

pendek je cerita minggu ni, nak ikutkan banyak ceritanya, tapi tiba-tiba macam lupa *tiba-tiba okey.. maklum la urat banyak dah putus, anak dah 2... layan lisa surihani jap kat TV, citer semerah cinta stilleto.. oh! minat giler dengan dia ni! maklum la nama dekat-dekat dia lisa surihani, saya nisa surirumah, kan ke dekat tuhhh!!! kahkahkah..

Friday, April 22, 2011

sehari-hari seorang suri

phewww! hari yang memenatkan. baru dapat rehat kejap. jam kat lappie dah menunjukkan pukol 4 petang! dan hubbyku belum pulang dari koje. baru dapat duduk betul-betul depan lappie ni. anak-anak baru tido. raffel 2, 3 hari ni amat susah betol tido. tido kejap-kejap je, lepas tu nak beriba, berpeluk bagai. perangai TURUN TEMURUN agaknya dua beradik ni. sama macam perangai kakak nia masa baby dulu. bila riba, tido! asal letak, bangun! kalau tido malam pulak, kongsi bantal dengan ummi, kena peluk bagai, ummi pusing je merengek. hadoi laaaaaaa... nyenyaknya tido sudah tiada dalam kamus tidurku...

ok, lopas yo den kena tampo minggu lopeh, den dah serik dah, eh tiba-tiba*, den review ek kisah den harini. lol!

pagi-pagi tadi terbangun tido je hubby dah siap nak gi keje, apa kes isteri tak mithali lansung, tak bangun siapkan sarapan! cisss! tu kira baik terbangun, ada hari tak bangun-bangun... kekekeke.. kes letih jaga raffel meragam la ni, bukan tak nak bangunkan diri ni ha..

ater, dah suntuk masa hubby nak gi koje, masakkan roti telur ajela ye. kalau nak kurus, kita jangan makan nasik, nanti gemuk... habis, macam mana dengan gajah tu, bertahun-tahun tak makan nasik, gemok jugakk.. kakakakakaka tiba-tiba* lagik! penangan segala maharaja la ni, terbawak-bawak sampai ke mimpi dan percakapan seharian.. ish ish.. besar pengaruhnya..


dah siap buat sarapan kat bawah, letak dalam dulang, lepas tu feeling macam waiter angkat bawak naik atas. mithali la ni, siap hantor depan suami lagik suh sarapan! baru nak suap roti masuk mulut ni ha, raffel dah bangun. terus kenyang! masuk bilik tengok anak dulu. sampai la hubby dah siap sarapan, raffel masih lagi uwa uwa. okey takpe makan nanti boleh makan, anak ni sapa nak jaga kan?? rania pun dah mula jadik drama queen nak ikut abinye pun gi kejenye pun. hadoiii...

dodoi punya dodoi adik, bagi susu tak nak, ting ting pun tak nak, dah kenapa la pulak. rasanya sakit mulut lah raffel ni. susu minum sikit je, lepas tu tak nak dah. kejap-kejap merengek. ke sebab nak masuk 2 bulan! orang tua-tua selalu cakap baby selalunya meragam bila nak alih bulan, ye ke?? ye la kottt kan.. sekali terasa laparnye lahai, dah pukol 12 rupanya, g la nak sarapan, rotiku dah keras kejong! patah selera... buat air teh panas-panas cicah biskut* teh cicah biskut lagikkk, adoii.. kata tak nak buncit kan!!?


masuk raffel dalam buai pulak lah, nak mandikan nia! mujur dia baik je dalam buai tengok mainan gantung-gantung tu. si nia pulak menangis tak tentu pasal nak kena mandi. berperang hari-hari nak mandikan dia. rasanya budak lain kalo nampak air, kemain lagi kan.. nia ni adoi laaaa punya la susah! lepas dah siapkan dia, bagi susu sebotol diam la kejap. dah kenyang cakap antek antek.. pakai baju cantek la kononnye.. nak pakai baju kena puji dulu bajunya cantek, baru la laju nak tukarkan pampers.. macam-macam ini anak dara.

berapa lama lagi nak tulis ni?? dah takde idea dah ni. takkan nak citer sebijik-sebijik kan. huh! dah pukol 5 nye pun, abinye tak balik-balik jugaknye pun ni. oooo terlupanye pon pukul 2 tadi abi dah balik minum & makannye pun! makan roti lagikkk.. kakakaka, ater, celah mana ummi nak gi masak, dah doplohpat jam dengan anak-anak.. kekeke.. kena abi ada kat rumah, barulah boleh masak. dapur kat bawah, susah nak angkut dua-dua sekali, karang tinggal menangis tak dengar pulak. harini rasa teringin nak makan sup daging ala-ala siam la pulak kan!

eh eh abi dah sign out YM lah, maknanya abi dah on the way balik rumah tu... ala la la sukanyeeee*(dengan gaya laki si siti sarah) tah apa-apa ummi ni kan!!

okeylah nampaknya kena stoplah kisah seorang suri di sini..
sampai bertemu lagi nanti, bila ada new entry...

terimalahhhhh korang semua dengan hati yang terbuka dan dengan bangganya di pamerkan gambar anak daraku yang comel..
 layan kartun jap
 lapo plak, mam chips




joget baby, baby, baby ala-ala jozan
dush dush kepada yang tak suka!
kau diam peah, kau diam peahhhhh* (ala-ala sepah menyanyi, kakakaka)








Thursday, April 21, 2011

mak runsing!!

baru lepas minum teh cicah biskut. jam pukul 9 malam. tak kose nak turun makan nasik. pemalas sungguh lately ni nak makan malam. lagipun abi takde di rumah! ye, malam macam ni pun pegi keje lagik! tinggal 3 beranak lagi la tak dapat nak turun bawah(dapo), makan apa ada je ye. ater, kata nak kurus kan perut kan??

ni i nak tanya la kawan-kawan kat luar yang bersalin c-sect, korang ada masalah perut buncit tak??? aduhhh, runsing dah ni pikirkannya. berat dah kembali normal to 50kg, tapi perut macam tak surut je. ni kes tak berbengkung la ni. dah try pakai masa dalam pantang, tapi sakitnye lahai kat perut ni. last-last sampai ke sudah takde bengkung lansung. kat Mesia ada ke jual apa-apa produk yang bila makan, boleh terus kempiskan perut, ada ke, ada ke? ada la beli losyen mustajab limau ke hape, dah habis dah pakai, tapi takde pun kempis! sama jek.. paling ketara buncitnya bila lepas makan nasik! mendadak tertonjol perut ni ha, macam peknen la plak... ngeri jeeee!

susahnye hati bila pikir semua seluar sebelum-sebelum ni jadi tak padan, seluar jeans dah tentunyaaa pun kan! harapkan pakai seluar-seluar yang kembang-kembang kat bawah tu je la. di tambah pulak bila pakai baju, tersangkut kat perut... eiiii buruk hamat! macam tengah mengandung lagi dan lagi dan lagi... kalau puasa ganti lepas ni, boleh ke ek turunkan kebuncitan perut ni? mak runsing! runsing! tiba-tiba jadi mak!

teringinnye nak pakai seluar jeans!! sabo je lah..

Wednesday, April 20, 2011

bunga-bunga cinta dah datang!

kisahnya dah bermula musim panas, dan bunga-bunga mula mengambangkan dirinya. sukaaaaa sangat-sangat macam nak lompat-lompat! tak payah pakai baju sampai 4 lapisan, tak payah pakai stokin, tak payah pakai kasut dalam rumah dan macam-macam lagilah yang tak payah. semuanya payah, eh eh .. kalau dulu, masa musim sejuk, tak larat nak basuh baju, banyak lah baju kalau dah sekali pakai 3, 4 helai kan. leceh! kena 2 kali basuh guna mesin, lepas tu keringkan, dan semestinya baju-baju semua jadi hodoh, berkedut teruk gile-gile. kena gosok, tak ke banyak keje jadinya??? dah kalau tak keringkan, kena sidai ambik masa beberapa hari ataupun minggu, weeee minggu tipulah sangat kan! memanglah jadi minggu, dah ko biar je kat penyidai tuhhh kakakakaka! 

bila dah panas, barulah seronok nak keluar rumah, tanam pokok bunga ke ape ke kan. kalo tak, memang seminggu tak keluar lansung! ada benda nak beli barulah keluar, tu i lah kan, hubby harus hari-hari pijak tanah, dah dia gi koje kannn... 

haritu pokok bunga kat tanah sekangkang kera depan pintu rumah tu semua ada batangnye aje, daun-daun semua gugur. ish tak le pulak ambik gambo time tu, ater, dah tak cantik, buat apa nak ambik kan kan? sekali semalam masa nak keluar beli barang dapo, baru perasan yang bunga-bunga rose cintaku dah kembang-kembang siap dah banyak bertaburan kat tanah! punyalah tak tahu menahu keadaan kat luar tu kan! punyalah tak keluar ambik oksigen kat luar tu kan! teruk.. terukkkk..

kebun rose depan rumah
 ops! nasib bee tak gigit raffel, ada banyak bee bee sebab bunga ni wangi nyee lah hai.. kalau memalam keluar, memang takot! takot!
 rose pink!
 rose merah 
 rose oren
tak tau bunga apa, tapi suka sangat kaler-kaler dia 
kebun nan sekangkang kera


 petik-petik, 
bawak masuk bilik, 
letak atas meja solek,
barulah cantik bilik!

Monday, April 18, 2011

terlalu comel untuk dimarahi

rasa nak jadi raksasa kadang-kadang dengan perangai nia. ada je idea baru dia nak buat. sepahkan bilik memang hobi la tu kan. tadi dituangnya baby oil adik kat kaki sambil urut-urut gitu macam ummi selalu buat kat adik. dah pandai bukak botol tu sendiri lah pulak. ummi sembunyikan botol baby oil, sambung tepuk adik yang masih demam, sekali dia datang pulak nak sapu minyak rimau kat kepala ummi. memang la ummi tengah pening, macam tau-tau ja. nak marah pun tak jadi. balik main sorang lepas dah picitkan kepala ummi, jumpa pulak pampers adik. bukak pampers, tepuk-tepuk pampers, sapu-sapu krim konon, cakap sorang-sorang! aduh, semua dia dah dapat.. sumua nak ikut, itulah Rania!




paling comellll di hatikuuu!

check up double IR

tayar kereta pancit, tolak ke tepi,
perut buncittt, susahnya hatiiii, arghhhh!
*takda kena mengena

sabtu baru ni bawak double IR ke klinik Dr. Hashim, paed rania. register sekali raffel kat klinik ni jugak, senang nak check up sekali harung je. lagipon kurang puas hati dengan perkhidmatan Dr. Imaad masa g check up 1 month aritu. ada ke di dudukkannya baby then lepaskan! macam sakit je tengoknya. kasar pun yer. terus tawar hati nak pegi lagik. kesian raffel tau! Dr. Hashim nampak penyanyang & lembut jeeee.. tapi rania tetap tak suka dia! ater dah tiap kali pegi kena cocok, memang la tak suka kan.. dah 4 bulan tak check up rania ni ha, stress rasa nak bawak asal masuk je klinik meraung! ha ambik sekali g kali ni kena cocok kiri kanan, menangis jangan citer lahhh!

cadang mulanya nak register raffel & check up minggu depan masa dia dah 2months, sekali available lak BCG kat klinik dia, so dokter cakap cocok dulu BCG, minggu depan ada cocok lain lagi. raffel kejap je nangisnya, boy kan, haruslah kuat..dah balik rumah panas sikit badan keduanya. cepat-cepat bagi ubat demam.

posing kat klinik, raffel sedap je tido kalau berjalan
bersepah la meja nih, meh nia "kemas"kan
abi register dulu
nangis kejap aje, good boy kan..
budak ni nama Donia, minat sangat nak kawan dengan nia, nia plak malu-malu
main apa lah sambil cekak pinggang!
macam main jual-jual jer..
muka sedih lepas menangis tak hingattttt! adik baik je, tido... kakak memang! manjaaaa...

Thursday, April 14, 2011

peace uolls!


peace versi iman rania, bersimpul-simpul tangan dia nak buat jugak!

Monday, April 11, 2011

nia & barney

i dah mula ketagih nak blogging pulak dah. ntah mana datang segala inspirasi semua ni. hahaha. tak lama dah nak citer-citer kisah seharian kat bumi anbiya' ni. tak lama lagi dah balik mesia, dah sunyi la blog ni kan, mana ada masa nak update lagi dah.. jadi, i saja la kan nak gak tulis-tulis apa yang jadi sehari-hari buat kenang-kenangan dah balik nanti boleh baca-baca balik time boring atau rindu semula dengan tempat ni(padahal dia jugak yang tak sesabo sangat dah kan nak balik mesia kan kan kan??) okey, bebel takde kena mengena dengan tajuk! kalau la boleh, setiap benda nak story kan, tapi kan, nanti kan, ada orang kan, malas la nak citer kan, berapa banyak kan kan kan daaaa...??? ada i olls kisah???

tengah tepok-tepok adik nak kasi tido, tengok gelagat kakak dari atas katil buat ummi senyum je.. pandai dia bawak diri, main sorang-sorang. tengok tv sorang-sorang. tapi bila perasan je flash kamera, dia paling tengok ummi, cepat-cepat sembunyikan kamera, kalau tidakkkkk, kamera tu dia punyalah nanti...


camne ye nak rotate kan gambar ni? dah try edit kat picasa, dah save, tapi bila upload kat blog terbalik cam gini jugak. banyak kali dah gambar-gambar lain jadi camni. ada perubahan apa-apa ka kat blog ni ye yang i olls tak tau?? cer citer cer citer...